• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Semua Lapan Unit Lotus Evija Fittipaldi (2023) Sudah Habis!

Semua Lapan Unit Lotus Evija Fittipaldi (2023) Sudah Habis!

October 18, 2022 By Abang Hirata Leave a Comment

283
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


LOTUS Evija
membuka era baharu pengeluar asal Britain itu. Model ini dianggap kereta hiper pengeluaran paling berkuasa dunia dengan output 2,037hp dan tork 1,704Nm, manakala pecutan 0-100kmj sepantas bawah tiga saat.

Jika Evija membuka era baharu, lapan unit edisi terhad Evija Fittipaldi (2023) pula meraikan sejarah gemilang Lotus pada masa lalu. Sebagi makluman, Emmerson Fittipaldi ialah pelumba legenda dari Brazil yang memenangi perlumbaan Formula Satu (F1) 1972.

Beliau memandu kereta lumba Lotus Type 72 dan meraih kemenangan lima daripada 11 perlumbaan, dan menduduki takhta pelumba dan pengeluar untuk pasukan Lotus. Genap lima dekad, Lotus Evija Fittipaldi kini dihasilkan bagi meraikan kerjasama tersebut, dan pemasangan sedang dibuat di Hethel. Ya, semua lapan unit model edisi terhad itu habis dijual!

Dari segi rekabentuk, Evija hadir dalam keanggunan tersendiri dengan warna hitam membangkitkan lenggok badan dan imej misteri kereta tersebut. Berikut ciri istimewa Evija Fittipaldi (2023):

  • Cuma ada lapan unit edisi terhad sempena lapan unit Type 72 yang masih wujud.
  • Butang kawalan pada kluster instrumen adalah buatan tangan dan daripada aluminium asal Type 72 yang dikitar semula.
  • Sulaman tangan autograf Emmerson Fittipaldi pada papan pemuka.
  • Logo Type T72 pada bumbung dengan kemasan karbon terdedah.
  • Tulisan Emmerson Fittipaldi pada sisi cermin belakang.
Lotus Evija Fittipaldi.11
Lotus Evija Fittipaldi.08
  • Rim hitam dan emas dengan lok tengah saduran anod merah sebelah kiri, dan hijau sebelah kanan.
  • Kaliper brek hitam dan emas.
  • Susunan logo kejayaan Type 72 (1972) pada sayap belakang aktif (boleh gerak).
Lotus Evija Fittipaldi.07
Lotus Evija Fittipaldi.04
  • Nombor lapan pada pilar-B, nombor kereta Emmerson Fittipaldi pada 1972 dan kemenangan di Grand Prix British.
  • Logo karbon dan emas Lotus pada muncung kereta.
  • Ruang kabin balutan kulit hitam dan sulaman benang emas.
  • Kemasan emas pada ventilator udara, butang kawalan, butang mula/henti dan pedal.
  • Turut dibangunkan dengan sokongan Classic Team Lotus milik keluarga pengasas Lotus, Colin Chapman.

Selain prestasi di atas, pecutan Lotus Evija dari 0-300kmj hanya memerlukan 9 saat, dan kelajuan maksimum dihadkan kepada 350kmj. Kereta pacuan empat roda ini (AWD) boleh dipandu sejauh 402km (kombinasi WLTP).

Juara dunia Jenson Button turut melawat Lotus untuk memandu Evija dan kereta lumba Type 72 di litar Hethel. Menurutnya, bunyi Evija seperti enjin jet dan mempunyai tork sangat tinggi. Beliau juga tidak sabar memandu Evija miliknya.

Hanya 130 unit Evija ditawarkan kepada pembeli, dan Lotus Karz selaku pengimport dan pengedar rasmi kenderaan jenama itu sudah membuka tempahan sejak 2021. Berapakah pula harganya?

RM16 juta atau lebih murah jika beli di Langkawi, iaitu RM10 juta.

BACA >>> Lotus Buka Program Lawatan Kilang kepada Umum, Serendah RM530

 

Lotus Evija Fittipaldi.01
Lotus Evija Fittipaldi.02
Lotus Evija Fittipaldi.03
Lotus Evija Fittipaldi.04
Lotus Evija Fittipaldi.05
Lotus Evija Fittipaldi.06
Lotus Evija Fittipaldi.07
Lotus Evija Fittipaldi.08
Lotus Evija Fittipaldi.09
Lotus Evija Fittipaldi.10
Lotus Evija Fittipaldi.11
Lotus Evija Fittipaldi.12
Lotus Evija Fittipaldi.13
Lotus Evija Fittipaldi.14
Lotus Evija Fittipaldi.19
Lotus Evija Fittipaldi.20
Lotus Evija Fittipaldi.21
Lotus Evija Fittipaldi.22
Lotus Evija Fittipaldi.23
Lotus Evija Fittipaldi.24

Related

283
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Emmerson Fittipaldi, hypercar, Kereta Hiper, Lotus, Lotus Evija, Lotus Evija Fittipaldi, Lotus Evija Fittipaldi (2023), Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev