• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kutipan Tol Lebuhraya SUKE Bermula Tengah Malam Esok, Kenderaan Kelas 1 Cuma RM2.30

Kutipan Tol Lebuhraya SUKE Bermula Tengah Malam Esok, Kenderaan Kelas 1 Cuma RM2.30

October 14, 2022 By Shawkath Leave a Comment

2.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

ORANG ramai yang menggunakan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) perlu membayar caj tol bermula jam 12.01 tengah malam, Sabtu 15 Oktober 2022 (esok).

Perkara itu diumumkan pemegang konsesi lebuhraya itu, Projek Lintasan Sungai Besi-Ulu Klang Sdn. Bhd. Kutipan tol membabitkan jajaran Fasa 1 iaitu dari Persimpangan Cheras–Kajang ke Persimpangan Bukit Antarabangsa. Jajaran Fasa 1 itu dibuka kepada pengguna pada 16 September lalu.

BACA >>> Jangan Berhenti di Lebuhraya SUKE, RnR Panorama KL Akan Dibina Nanti!

Bayaran akan dikenakan kepada pengguna yang melalui Plaza Tol Bukit Teratai dan Plaza Tol Ampang dengan kadar tol mengikut kelas kenderaan seperti berikut:

Kutipan tol dibuat secara elektronik menggunakan kad Touch ‘N Go, SmartTAG dan RFID. Anda diminta memastikan mempunyai baki mencukupi dalam kad Touch ‘N Go dan e-wallet sebelum masuk ke Lebuhraya SUKE.

Bahagian operasi Lebuhraya SUKE juga akan meneruskan pemantauan agar sistem kutipan tol berjalan lancar di kedua-dua plaza tol. Malah ada petugas ditempatkan di lorong plaza tol kedua-dua arah lebuh raya pada waktu puncak untuk memberi bantuan jika ada pengguna mengalami kesulitan.

Pengguna dinasihatkan patuh semua peraturan keselamatan jalan raya dan papan tanda arah yang disediakan ketika melalui plaza tol. Jika ada pertanyaan, anda boleh hubungi talian bebas tol SUKE: 1-300-88-9922.

Lebuhraya SUKE adalah satu daripada enam lebuh raya kendalian Projek Lintasan Kota Holdings (PROLINTAS).

Related

2.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE), Plaza Tol Ampang, Plaza Tol Bukit Teratai, Projek Lintasan Sungai Besi-Ulu Klang Sdn. Bhd.

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Bot TLDM Rempuh Bot Pelancong dalam Raptai Demonstrasi LIMA ’25
    Bot TLDM Rempuh Bot Pelancong dalam Raptai Demonstrasi LIMA ’25
  • Polis Tahan Dua Warga Asing Panjat Bumbung Kereta Bergerak di LDP
    Polis Tahan Dua Warga Asing Panjat Bumbung Kereta Bergerak di LDP
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev