• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / José Mourinho Lebih Seronok Memandu di Portugal, Jalan Raya England Bikin Stres

José Mourinho Lebih Seronok Memandu di Portugal, Jalan Raya England Bikin Stres

February 3, 2017 By Han Othman Leave a Comment

77
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SIAPA tidak kenal José Mourinho? Beliau adalah salah seorang pengurus paling berjaya dalam sejarah bola sepak atas kejayaannya menjulang pelbagai kejuaraan membabitkan pelbagai kelab gergasi Eropah. Tetapi, selain bola sepak, tentu ramai ingin tahu apakah pengurus kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester United itu meminati dunia permotoran? Apakah kereta pertama dibelinya? Pernahkah beliau terbabit kemalangan?

Di bawah ini kami terjemahkan temubual antara media Britain, TheTelegraph dan Mourinho yang disiarkan dalam segmen gaya hidup tentang dunia kereta.

Apakah kereta pertama anda?

Bapa saya belikan Renault 5 semasa saya berusia 18 tahun apabila saya baru saja dapat lesen memandu. Kereta itu berwarna perak. Saya di universiti di Lisbon yang terletak kira-kira 64km dari rumah. Saya kemudian beli Honda Civic - kereta pertama saya beli sendiri.

Renault 5 ialah kereta pertama dipandu Mourinho.
Renault 5 ialah kereta pertama dipandu Mourinho.
Rallye Monte-Carlo berlangsung setiap tahun di Monaco, Perancis.
Rallye Monte-Carlo berlangsung setiap tahun di Monaco, Perancis.

Umur berapakah anda mula berminat dengan kereta?

Saya lebih berminat dengan pertandingan berbanding kereta itu sendiri. Saya tidak terlalu suka Formula Satu (F1), tetapi seronok dengan rali. Saya suka kereta dalam situasi yang betul. Malangnya, saya tidak dapat menonton sebarang aksi Rallye Monte-Carlo pada Januari kerana sibuk, tetapi sebagai orang muda saya pernah keluar menonton (lumba kereta).

Apakah paling anda suka ketika atas jalan?

Saya tidak suka memandu di England. Saya perlu benar-benar fokus untuk memandu sebelah jalan yang berlainan. Saya memandu secara natural, saya memandu secara automatik, saya seronok memandu di Portugal. Ia menyakitkan saya kerana saya tidak seronok memandu di sini. Saya ada seorang drebar sekarang, jadi saya boleh gunakan telefon atau menonton wayang.

Apakah kereta paling teruk yang anda pernah miliki?

Sejak saya memiliki kedudukan kewangan yang baik, saya lebih bimbang tentang memiliki kereta yang bagus. Tidak menukar kereta setiap bulan seperti dilakukan sesetengah orang, tidak miliki kereta mewah, tetapi selalu cuba untuk memiliki sebuah kereta yang bagus. Saya tidak boleh komplen - saya selalu ada kereta yang bagus bagi situasi dan keperluan berbeza.

Pernah terbabit kemalangan bersama Bobby Robson.
Pernah terbabit kemalangan bersama Bobby Robson.
Suzuki Vitara - kereta pertama terbabit kemalangan teruk.
Suzuki Vitara - kereta pertama terbabit kemalangan teruk.

Apakah kemalangan terbesar pernah dialami?

Saya pernah terbabit kemalangan besar. Saya bersama Bobby Robson untuk menandatangani satu kontrak di Barcelona pada 1996, saya memandu ke sana supaya tidak dikesan di lapangan terbang. Saya terlewat dan apabila saya memandu pulang ke Portugal, saya terlelap. Saya benar-benar bernasib baik - saya patah beberapa batang tulang rusuk dan ada sedikit parut di kepala, jadi tiada apa yang besar sebenarnya. Ketika itu saya memandu Suzuki Vitara. Selepas itu, cuma beberapa insiden kecil di bandar.

SUMBER: TheTelegraph

Related

77
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: autotainment, Honda Civic, Jose Mourinho, kereta Jose Mourinho, Manchester United, Renault 5

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
    BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
  • AEON Credit Taja Slot Wildcard Moto3 untuk Hakim Danish
    AEON Credit Taja Slot Wildcard Moto3 untuk Hakim Danish

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev