• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / #Spyshot: Foto Lakaran CFMoto 800NK Bocor, Lancar Bulan Depan?

#Spyshot: Foto Lakaran CFMoto 800NK Bocor, Lancar Bulan Depan?

October 14, 2022 By Shawkath Leave a Comment

202
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEPTEMBER lalu, CFMoto mempamerkan model konsep streetfighter NK-C22 dengan trenkuasa KTM LC8c. Bagaimanapun, model konsep itu tampak tidak jauh berbeza dengan produk bakal dihasilkan kelak.

Ada empat foto lakaran model versi pengeluaran tular selepas pengeluar dari China itu membuat pendaftaran rekabentuk dengan lakaran mendedahkan beberapa perubahan pada model 800NK versi pengeluaran.

BACA >>> CFMoto Dedah Model Konsep NK-C22

CFMoto 800NK (2023) - 1
CFMoto 800NK (2023) - 0

TRENKUASA

  • Trenkuasa dijangka dwi-silinder sebaris KTM LC8c 799cc seperti digunakan model CFMoto 800MT. Ini bukan trenkuasa ciplak kerana CFMoto memang menghasilkan enjin itu untuk KTM, termasuk mengeluarkan jenama itu untuk beberapa pasaran.
  • KTM sebenarnya beralih kepada versi lebih besar, iaitu 890 (889cc), manakala CFMoto pula versi lama, iaitu 799cc yang pernah digunakan KTM untuk siri 790 sebelum ini.
  • Output kuasa 800NK mungkin sama seperti 800MT, iaitu 95hp dan 77Nm.

BACA >>> CFMoto MT800 (2021) - Model Advencer Enjin KTM, Spesifikasi Penuh Masih Rahsia

APA BERBEZA?

CFMoto 800NK (2023) - 3
CFMoto 800NK (2023) - 2
  • Menggunakan swingarm kembar, bukan sebelah seperti model konsep. Mungkin disebabkan faktor swingarm sebelah lebih berat, kos tinggi dan kurang rigid. Swingarm kembar pula memberikan manfaat pengendalian lebih baik.
  • Sistem ekzos tunggal baharu menggantikan ekzos SC Project, dan dipasang tinggi dekat ekor belakang motosikal.
  • Ada peg kaki untuk pembonceng. Model konsep tiada ciri tersebut.
  • Berat dijangka bawah 200kg.
  • Dijangka dilancarkan sempena Pameran Motosikal Milan (EICMA), bulan depan.

BACA >>> Streetbike CFMoto 150NK (2023) Lancar di Australia dengan Brek ABS, Harga RM13.3k!
BACA >>> KTM 890 Adventure, 890 Duke R, RC 200 Tiba di Malaysia, Harga Mula RM15.8k!

SUMBER: BikeSocial

Related

202
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Auto Terkini, cfmoto, CFMoto 800NK (2023), Foto Intip, KTM, roda2, Spyshot

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev