ADA wang, apa saja boleh jadi kenyataan. Salah satunya adalah memiliki motosikal yang dibuat dalam unit terhad seperti BMW M 1000 RR (2023).
M 1000 RR (2023) ialah jentera homologasi untuk dilumbakan dalam Kejuaraan Superbike Dunia (WorldSBK) dengan melibatkan motosikal pengeluaran yang boleh dibeli orang awam.
BACA >>> Pemilik BMW Boleh Main Games Guna Skrin Infotainment Semudah Imbas Kod QR
BACA >>> BMW S 1000 RR (2023) Diperkenal, Kuasa Kini 207hp!
Jika setiap motosikal dibina untuk perlumbaan, maka kos pembuatan dan harga akan jadi terlalu mahal jika dijual dalam unit banyak. Jadi pengeluar cuma menghasilkan satu model dinaik taraf dan dalam jumlah terhad yang hanya mampu dibeli golongan kayangan.
Misalnya M 1000 RR (2023) dalam artikel ini, Kawasaki ZX-10RR, Ducati Panigale V4R, Honda CBR1000RR-R SP atau sebagainya. Jika anda masih ingat, BMW Motorrad mula memperkenalkan M 1000 RR buat julung kali pada 2020. Jadi model 2023 ini masih menggunakan rekebentuk asal model itu dengan spesifikasi seperti berikut:
- Enjin 4-silinder sebaris 999cc dengan sistem ShiftCam sama tetapi dibekalkan komponen lumba.
- Injap titanium dengan lengan rocker (rocker arm) lebih tipis untuk mengurangkan inersia.
- Rod sambung piston (atau lebih dikenali kalangan mat moto sebagai jackrod) titanium Pankl yang lebih panjang. Rod titanium lebih ringan dan juga lebih kuat daripada keluli. Pada masa sama, rod lebih panjang meningkatkan nisbah mampatan.
- Piston dua gegelang berbanding dengan tiga gegelang pada piston biasa bagi mengurangkan geseran.
- Enjin menghasilkan kuasa 205hp @ 13,000rpm, dan tork 112.5Nm @ 11,000rpm.
- Rekaan fairing lebih aerodinamik untuk lebih stabil di selekoh, dibuat daripada gentian karbon.
- Mendapat sayap baharu untuk daya mendap (downforce) 4kg pada halaju 152kmj, dan bertambah kepada 22.6kg pada halaju 300kmj. Daya mendap perlu supaya tayar depan kekal menyentuh permukaan jalan pada halaju tinggi dan ketika memecut laju.
- Penutup bahagian bawah brek depan bagi melancarkan pergerakan angin dari roda depan ke roda belakang bagi mendapatkan kestabilan lebih baik. Penutup itu juga dibuat daripada gentian karbon.
- Saluran angin bagi menyejukkan kaliper brek depan, juga dibuat daripada gentian karbon.
- Pelana M Endurance untuk keselesaan tunggangan atas litar atau atas jalan biasa.
- Tujuh mod tunggangan: Rain, Road, Dynamic, Race, Race Pro 1, Race Pro 2, dan Race Pro 3.
- Ada dua profil terotel, tiga tahap brek enjin dan tork seretan.
- Unit unjuran inersis (IMU) 6-paksi memberikan ciri kawalan traksi dan kawalan wheelie mengikut sudut miring.
- Ada ciri Quickshifter dwi-arah, kawalan luncur, dan kawalan halaju pit.
- Pemilik juga boleh memilih pakej opsyen M Competition yang mengandungi komponen dikisar (milled), karbon, swingarm lebih ringan, perekod masa lap, penutup pelana bonceng karbon, dan rantai bebas senggara M Endurance buatan Regina).
- Harga asas M 1000 RR (2023) tanpa opsyen ialah $AS32,995 (RM154,460). Nampak seperti tidak berapa mahal, tetapi harga itu belum dicampur cukai import (AP), cukai jualan, cukai jalan, insurans, fi pemilikan, dan sebagainya. Sebagai makluman, edisi terdahulu, M 1000 RR (2021) dijual pada harga RM249,500 di Malaysia!
- Jika anda dalam golongan T20, bolehlah anda pamerkan motosikal edisi terhad ini di garaj atau ruang tamu rumah anda.
BACA >>> BMW S 1000 RR (2023) Diperkenal, Kuasa Kini 207hp!
BACA >>> BMW M 1000 RR (2021) yang Lebih Berprestasi Kini di Malaysia! Harga RM249.5K
Leave a Reply