SIKAP memotong laluan kenderaan lain di jalan raya memang tidak disukai ramai.
Bagaimanapun, pemandu di Malaysia masih ada sifat toleransi jika pesalahitu tahu berbudi berbahasa. Misalnya, menyalakan signal belok, mengangkat tangan secara baik, memberikan senyuman dan masuk ke lorong dituju jika diberi laluan.
BACA >>> Camry VIP 'Potong Q' Buat Netizen Tak Puas Hati
BACA >>> Bezza Potong Q di Lampu Isyarat, Polis Hantar Saman Sampai ke Rumah
Namun, jika pancung ikut suka tanpa menyalakan signal belok, dan apatah lagi langsung tidak mengangkat tangan, sudah tentu perbuatan itu boleh buat pengguna lain naik angin. Silap haribulan, boleh jadi popular seperti aksi dalam video kamera pemuka ini.
Klip video itu menunjukkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Vellfire putih 'memancung' kenderaan perakam hingga terpaksa mengalah dan memberi laluan kepada Vellfire tersebut. Namun apa berlaku selepas itu nyata lebih panas apabila kedua-dua pemandu saling bertengkar.
Sepatutnya, jika sudah diberi laluan, tidak ada salah pun mengangkat tangan sebagai tanda terima kasih dan meminta maaf kerana terpaksa memancung jalan. Kalau cuba mengejar dan menegakkan benang basah, cara anda itu hanya memburukkan situasi.
Apa komen anda?
BACA >>> Video: Rider SBK 'Tolak' Mat Motor, Pembonceng Hingga Terbabas?
BACA >>> Skuter Italjet Dragster Harga 'Kayangan', Ini Penjelasan Untuk Anda...
SUMBER: Dashcam Owners Malaysia
Leave a Reply