HERO MotoCorp memasuki segmen motosikal elektrik dengan melancar jenama baharu Vida dengan mengumumkan debut skuter pertama ke pasaran India.
Vida V1 (2023) akan menjadi pesaing kepada model skuter elektrik sedia ada di pasaran negara itu seperti Chetak, TVS iQube dan Ola S1. Berikut perincian spesifikasi Vida V1 (2023):
BACA >>> Skuter Elektrik Vida Bakal Terjah Pasaran India, Mula 7 Oktober Ini
BACA >>> Volkswagen Grand Lavida Plus dalam Versi Stationwagon, Pasaran China Sahaja
- Ditawarkan dalam dua varian: Plus dan Pro yang dibezakan menerusi kapasiti bateri dan pecutan.
- Kedua-dua varian mampu memecut kelajuan maksimum 80kmj, dan mendapat empat mod tunggangan: Eco, Ride, Sport dan User Customisable.
- Pecutan 0-40kmj untuk Plus sepantas 3.4saat, manakala Pro (3.2 saat).
- Menggunakan bateri boleh tanggal Litium-ion dengan Nikel Mangan Kobalt.
- Varian Pro menggunakan pek bateri 3.94kWh untuk jarak tunggangan hingga 165km, manakala Plus (3.44kWh) yang mampu ditunggang sejauh 143km.
- Tempoh mengecas pantas mengambil masa 1.2km per minit.
- Pro didatangkan dalam tiga warna: Matte White (putih), Matte Sports Red (merah), dan Gloss Black (hitam). Plus pula ada empat pilihan warna: Matte White (putih), Matte Sports Red (merah), Gloss Black (hitam), dan tambahan Matte Abrax Orange (jingga).
- Fairing depan disepadukan dengan lampu posisi, signal belok LED gaya slik, visor angin gelap, pelana terpisah dan kemasan dwi-tona.
- Dilengkapi ciri kawalan tanpa kunci (keyless), lampu LED penuh, papara, panel meter skrin sentuh 7 inci dengan konektiviti Bluetooth 4G, dan WiFi, sempadan-geo (geofencing), kawalan jelajah, penggera antikecurian, terotel dwi-arah (untuk undur dan bantuan regeneratif), amaran kecemasan SOS, kemas kini atas talian (OTA).
- Varian Plus dijual pada harga 145,000 rupee (RM8,210), dan Pro berharga 159,000 rupee (RM9,000). Buat masa ini, skuter ini hanya ditawarkan untuk pasaran Bengaluru, Delhi dan Jaipur.
- Tempahan sudah dibuka semalam dan penghantaran akan dibuat bermula minggu kedua Disember ini, termasuk meluaskan pasaran ke bandar lain seluruh India.
- Bagis menarik perhatian pembeli, Hero Motor Corp menawarkan tunggang uji hingga tiga hari, kadar faedah rendah, jaminan beli balik, bantuan jalanan, perkhidmatan ambik dan hantar, dan pilihan baik pulih segera.
BACA >>> Thailand Perkenal Skuter EV, Bajaj Chetak Electric, Harga Belum Umum
BACA >>> Honda Dedah Strategi Lancar 10 Model Motosikal, Skuter Elektrik Menjelang 2025
Leave a Reply