• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / #TahukahAnda: Ada 184 Tempat Berteduh Motosikal di Lebuhraya PLUS

#TahukahAnda: Ada 184 Tempat Berteduh Motosikal di Lebuhraya PLUS

October 5, 2022 By Shawkath Leave a Comment

143
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

PENUNGGANG motosikal di Malaysia agak bertuah kerana masih dibenarkan untuk menggunakan kemudahan Lebuhraya PLUS secara percuma dan terbuka kepada semua kategori roda dua berkapasiti 50cc ke atas.

Jika di negara lain, penunggang motosikal dikenakan macam-macam syarat. Antaranya, perlu bayar tol, akses ikut kapasiti enjin dan ada halaju minimum. Ada juga negara yang mengharamkan motosikal berada di lebuh raya.

BACA >>> #TahukahAnda: Berapa Banyak Negara Tidak Benarkan Motosikal Guna Lebuh Raya?
BACA >>> Filipina Sedia Tempat Khas Penunggang Motosikal Berhenti Ketika Hujan di Lebuh Raya

Meskipun bersifat percuma kepada penunggang motosikal, pengendali lebuh raya itu tetap memandang berat aspek keselamatan melibatkan pengguna roda dua. Antara ialah menyediakan tempat berteduh khas jika cuaca hujan, angin kuat atau perlu berehat seketika.

Buat masa ini, ada sebanyak 184 lokasi berteduh khas disediakan untuk penunggang motosikal di sepanjang rangkaian Lebuhraya PLUS. Bagaimanapun, jumlah itu boleh ditambah mengikut pertimbangan pihak PLUS Malaysia.

BACA >>> #TahukahAnda: Jauhi 6 Perkara Ini Jika Anda Tunggang Motosikal Ketika Hujan

3 Jenis Tempat Berteduh

Tempat Teduh Motosikal Lebuhraya PLUS
Motosikal Lebuhraya PLUS - 1
Motosikal Lebuhraya PLUS - 2

Pondok berteduh khas (stand alone) disediakan di tiga kawasan di Lebuhraya PLUS iaitu

  • Lokasi selamat
  • Bawah Jambatan atau Jejantas
  • Bawah Persimpangan Bertingkat

Kemudahan berteduh untuk pengguna bermotosikal terbahagi kepada tiga kawasan di sepanjang Lebuhraya PLUS iaitu:

  • Wilayah Selatan : 85 kemudahan
  • Wilayah Tengah : 70 kemudahan
  • Wilayah Utara : 31 kemudahan

Ikut Arahan Papan Tanda

  • Lokasi berteduh di bawah jambatan/jejantas dan di kawasan persimpangan bertingkat disediakan di kawasan belakang rel pengadang.
  • Ada laluan khas untuk penunggang motorsikal masuk ke kawasan itu. Lokasi itu disediakan untuk meningkatkan lagi keselamatan untuk penunggang motorsikal.
  • Perlu diingatkan, bukan semua tempat boleh disediakan lokasi berteduh di bawah jambatan, jejantas atau persimpangan bertingkat. Ini disebabkan kekangan rekabentuk dan ruang terhad di lokasi berkenaan.
  • Sebab itu ada papan tanda amaran disediakan di kawasan terbabit. Tujuan untuk memberi peringatan kepada penunggang motosikal yang sanggup ambil risiko berteduh di situ.
  • Jangan berhenti dan tunggu di lorong kecemasan di bawah jejambat (bukan kawasan dikhaskan PLUS) semasa hujan lebat. Anda dinasihatkan berada di belakang rel penghadang dan menjauhi kawasan jalan raya.

BACA >>> PLUS Guna Sistem AI Dibangunkan Tapway, NVIDIA untuk Halang Pemandu Elak Bayar Tol
BACA >>> Rider Berteduh Bawah Jejambat Bergelimpangan Dirempuh Lori, 2 Maut, 6 Cedera!
BACA >>> Gerak Malaysia: 11 Info Lebuhraya PLUS yang Perlu Anda Tahu

Related

143
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: autotainmen, Isu Keselamatan Jalan Raya, Keselamatan Penunggang Motosikal, Lebuhraya PLUS, PLUS Malaysia Berhad (PLUS Malaysia)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
    Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
    HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev