• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Honda CB750 Hornet (2023) Lancar, Sedia Cabar Yamaha MT-07, Harga RM36k

Honda CB750 Hornet (2023) Lancar, Sedia Cabar Yamaha MT-07, Harga RM36k

October 4, 2022 By Han Othman Leave a Comment

1.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HONDA hari ini rasmi melancarkan CB750 Hornet (2023) di Jerman selepas beberapa foto model konsep tular di media sosial.

Pengenalan semula model Hornet sudah lama diperkatakan dalam kalangan komuniti motosikal, terutama peminat Honda sama ada dalam konsep rekabentuk dan enjin. Sebagai makluman, Hornet ini tidak sama dengan model di India yang berstatus streetbike kapasiti kecil.

BACA >>> Honda Dedah Enjin 755cc Baharu, Dipanggil Hornet
BACA >>> Honda Kongsi Video Acah Hornet, Belanja Peminat Dengar Bunyi Enjin Semasa Pecutan
BACA >>> Honda Hornet Bakal Guna Enjin 2-Silinder Sebaris, Sedia Cabar Yamaha MT-07?

CB750 Hornet (2023) dijual pada harga €7,890 (RM36,250), dan berikut spesifikasi naked bike middleweight itu:

  • Enjin patuh Euro5 4-lejang 8-injap dwi-silinder 755cc Parallel-Twin penyejukan cecair dengan teknologi suntikan bahan api PGM-FI berkuasa 92hp @ 9,500rpm dan tork 75Nm @ 7,250rpm.
  • Transmisi klac manual 6-kelajuan.
  • Menggunakan aci engkol (crankshaft) 270º dan susunan pencucuhan tidak sama rata untuk pengalaman tunggangan seperti jentera V-Twin.
  • Penjimatan bahan api 23km per liter dengan kapasiti tangki minyak 15.1 liter. Ini bermakna setangki petrol penuh mampu ditunggang sejauh 340km.

  • Karakter enjin menggunakan teknologi 'Vortex Duct' yang dipatenkan. Ia dihasilkan untuk menyepadukan aliran udara ke dalam kotak udara untuk respons terotel lebih tepat dan tangkas.
  • Komponen silinder disadur nikel-silikon karbida seperti digunakan pada model perdana Honda CBR1000RR-R.
  • Jenis kepala silinder menggunakan teknologi Unicam, iaitu sistem 4-injap dengan prinsip SOHC, iaitu ciri buka-tutup injap unik yang mampu berfungsi seperti enjin DOHC.
  • Ini bermakna, CB750 Hornet memiliki kelebihan yang ada pada motosikal SOHC dan DOHC tanpa ada kekurangan daripada kedua-dua konfigurasi enjin tersebut.
  • Sistem Unicam ini diwarisi daripada CRF450R yang memenangi kejuaraan dunia motocross MXGP 2022 dan tempat kedua AMA Pro Motocross 450MX 2022 untuk pasukan Honda Amerika Syarikat.
  • Ada tiga mod tunggang yang boleh dipreset, iaitu Rain, Standard dan Sport yang juga boleh dikustom mengikut karakter tunggangan penunggang.
  • Mengguna frem keluli berlian baharu yang seberat hanya 16.6kg (berat keseluruhan 190kg).
  • Sistem suspensi fork terbalik (USD) Showa 41mm dan SFF-BP dengan travel 130mm (depan), dan monoshock  Pro-Link boleh laras prabeban 5-tetapan dengan travel 150mm. Swingarm direka menggunakan keluli baharu.
  • Sistem brek cakera kembar 295mm dengan kaliper radial 4-piston (depan), dan cakera tunggal 240mm dengan kaliper piston tunggal (belakang)
  • Rim 17 inci dengan tayar 120/70 (depan), dan 160/60 (belakang).
  • Tinggi pelana 795mm, panel meter TFT berwarna 5 inci dengan konektivi telefon pintar untuk fungsi navigasi dan komunikasi.
honda-cb750-hornet-eu-2023-1
honda-cb750-hornet-eu-2023-2
honda-cb750-hornet-eu-2023-3
honda-cb750-hornet-eu-2023-4
honda-cb750-hornet-eu-2023-5
honda-cb750-hornet-eu-2023-6
honda-cb750-hornet-eu-2023-7
honda-cb750-hornet-eu-2023-8
honda-cb750-hornet-eu-2023-9
honda-cb750-hornet-eu-2023-10
honda-cb750-hornet-eu-2023-11
honda-cb750-hornet-eu-2023-12
honda-cb750-hornet-eu-2023-13
honda-cb750-hornet-eu-2023-14

Related

1.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Honda, Honda CB750 Hornet (2023), Naked Bike Middleweight, roda2, Supersport Middleweight

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
    GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza
    Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev