JIKA anda pengguna tegar perkhidmatan pengangkutan atas talian seperti GrabCar dan Uber, anda tentu sudah biasa dengan rating bintang yang wajib diberikan kepada pemandu setiap kali selesai menggunakan aplikasi tersebut.
Anda perlu mengetik seberapa banyak bintang daripada lima bintang yang perlu dipilih sebagai menilai tahap kualiti kereta dan pemandu. Semestinya, penilaian yang diberikan ialah subjektif mengikut cita rasa anda. Anda mungkin memberikan rating penuh jika kereta yang anda tumpang itu bersih dan wangi. Ada pula tertarik dengan kemesraan atau kecekapan pemandu. Tidak kurang pula yang memberikan rating penuh kerana sentimen kasihan, mungkin si pemandu seorang pakcik tua dan pelbagai alasan lain.
Apapun, secara normal, rating lima bintang itu bolehlah didefinisikan kepada beberapa tahap kualiti seperti berikut:
Tetapi, apakah kriteria utama yang sepatutnya anda nilai untuk menentu rating pemandu atau kereta itu teruk atau cemerlang? Jom kami bantu anda. Biar kita sama-sama sepakat tetapkan penanda aras yang sebenar untuk mereka!
1. KERETA BERSIH DAN WANGI - 3 Bintang
Sudah tentu ini kriteria paling utama yang perlu anda nilai. Kalau tidak, apa bezanya mereka dengan teksi yang dikritik teruk ramai pengguna? Jika kereta GrabCar/Uber yang anda tumpang itu bersih dan wangi, pemandu itu sudah boleh terus diberikan 3 bintang.
Tidak mengapa kalau luaran atau dalaman kereta yang anda tumpang itu sedikit lusuh, berusia dan uzur, asalkan ia bersih. Kereta pemandu mesti tiada kertas resit, botol minuman kosong atau apa saja sampah dibiarkan bersepah atas lantai. Pastikan tiada barangan peribadi pemandu seperti fail, dokumen, pakaian atau beg diletakkan begitu saja atas kerusi.
Ingat, anda bukan orang asing yang angkat tangan minta ditumpangkan, tetapi anda membayar supaya mereka menghantar anda ke destinasi dengan tenang dan selesa.
2. BERI UCAPAN SELAMAT - 1 Bintang
Jika pemandu beri ucapan salam atau selamat seperti Assalamualaikum atau Selamat Pagi/Petang atau Hai/Hello, terus berikan mereka 1 bintang.
Anda tentu sedia maklum bukan semua pemandu petah bercakap, ada juga kalangan kita yang tidak selesa diajak berbual. Tetapi beri ucapan selamat tiada kena mengena dengan semua itu. Ia lebih kepada asas sesuatu perkhidmatan. Sebagai pelanggan, anda perlu rasa dihargai. Jadi memang layak mereka dapat 1 bintang!
3. PATUHI KESELAMATAN JALAN RAYA - 1 Bintang
Pastikan mereka pakai tali pinggang keledar dan ikut peraturan lalu lintas. Anggap diri anda seperti seorang pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang sedang menilai seorang pelatih baru ambil lesen.
Itu semua tentang keselamatan anda juga. Anda tentu tidak mahu nyawa terancam dengan sikap pemandu yang buat peraturan jalan raya sendiri seperti memotong kenderaan atau masuk simpang sesuka hati, melanggar lampu isyarat, memandu terlampau laju dan berbahaya atau sebagainya. Jika mereka lulus, jangan ragu-ragu berikan mereka 1 bintang.
ANDA BUKAN PENUMPANG TEPI JALAN!
Sekarang, anda sudah berikan rating pemandu Grabcar/Uber itu lima bintang! Cara memberikan rating juga boleh dimulakan dengan lima bintang dahulu sebelum mula mengurangkan rating mengikut kriteria yang gagal dipenuhi pemandu.
Tentang rating tiga bintang untuk hal kebersihan pula, anda mungkin boleh bahagikan kepada tiga tahap, iaitu sangat baik, baik dan sederhana. Berilah rating dengan tepat, tetapi jika kotor, jangan ragu-ragu terus saja tolak tiga bintang.
Anda bukan kejam, tetapi semua kriteria di atas jika diamati bukanlah sesuatu yang susah dibuat. Sesiapa saja boleh lakukannya. Bukankah itu yang kita mahukan sebagai pengguna perkhidmatan pengangkutan seperti GrabCar dan Uber?
Sekali lagi diingatkan, anda bukan orang asing yang melambai tangan minta ditumpangkan seperti dalam drama televisyen! Sebaliknya anda membayar mereka supaya dapat menghantar anda ke destinasi yang dimahukan dengan tenang, selamat dan selesa. Kita cuma mahukan kereta yang bersih, disambut pemandu dengan mesra dan inginkan rasa selamat sepanjang perjalanan.
g says
the way u write articke is kinda childish we dont want to read this kind of sentence blerhhhh
AO says
K
peace, love, empathy says
mohon maaf tuan, penarafan sebegini tidak dtg dr cara berfikir yg holistik & nurani yg murni.
pemandu juga tlh berusaha sedaya upaya. utk mberikn yg terbaik. jgn menenyeh bintang mengikut selera n ego. ini mjejaskn periuk nasi sekeluarga pemandu. ada ibu,adik, anak dan isteri yg hndak ditanggung.
Siye says
Waklo bintang2