• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Italjet Dragster 125, 200 Lancar di Malaysia Sabtu Ini! Harga Kekal Misteri

Italjet Dragster 125, 200 Lancar di Malaysia Sabtu Ini! Harga Kekal Misteri

October 4, 2022 By Shawkath Leave a Comment

146
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


CHEAR Global bakal melancarkan skuter Italjet Dragster dalam dua varian, iaitu 125 dan 200, Sabtu ini (8 Oktober) di Shah Alam, Selangor. Buat masa ini, harga rasmi belum diumumkan tetapi dijangka antara RM30,000 hingga RM35,000 seunit, bergantung varian.

Skuter itu bukan model import dari Itali, tetapi dipasangkan di Malaysia dan ditawarkan dalam tiga warna pilihan, iaitu Anthracite White Red (merah),  Anthracite Yellow (kuning) dan Black Grey (hitam). Hanya varian kuning menggunakan casis kuning, manakala dua lagi kekal merah.

BACA >>> Dovizioso Jalin Kerjasama dengan Italjet, Bangunkan Skuter Dragster
BACA >>> Miliki Skuter Sport CMC Italjet 125 Serendah RM2.9k!

Berikut perinciannya Italjet Dragster:

  • Trenkuasa patuh Euro5 4-lejang 4-injap silinder tunggal DOHCpenyejukan cecair dengan teknologi suntikan bahan api (FI) dan klac kering, manakala sistem transmisi jenis automatik CVT.
    • Dragtser 125 - Kuasa 12.3hp @ 9,500rpm, tork 10.5Nm @ 7,750rpm, kapasiti sebenar 124cc.
    • Dragster 200 - Kuasa 17.3hp @ 8,000rpm, tork 15.5Nm @ 7,750rpm, kapasiti sebenar 181cc.
  • Kelajuan maksimum varian 125 ialah 96kmj, manakala 200 108kmj.
Enjin 125
Enjin 200
  • Menggunakan suspensi tunggal Paioli seakan monoshock di depan. Suspensi belakang juga monoshock, tetapi sebelah kanan yang  dipautkan pada frem dan swingarm.
  • Roda menggunakan set rim aloi ringan 12 inci di depan dan 13 inci (belakang), yang dibalut tayar saiz 120/70 (depan) dan 140/60 (belakang).
  • Sistem brek cakera 200mm (depan), dan 190mm (belakang) dengan kaliper Brembo, berserta Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).
  • Memiliki berat kasar 140kg, tinggi pelana 770mm dan kapasiti tangki minyak 9 liter.
  • Panel meter digital kompak dengan dua butang untuk mengubah paparan maklumat skrin.
  • Dwi-pelana tetapi agak kecil untuk pembonceng belakang.
  • Lampu utama projektor dengan lampu siang (DRL).
  • Lampu signal belok depan disepadukan pada gad tuil aloi. Apabila diaktifkan, paparan jenis sekuensial.
  • Lampu brek belakang diasingkan dengan lampu signal belok. Semua jenis LED.

BACA >>> TVS Indonesia Lancar Skuter Futuristik NTORQ 125 RTFi, Harga Mula RM5.6k!
BACA >>> Italjet Dragster (2020) Edisi Terhad Habis Ditempah Sebelum Pengeluaran

Enjin 125
Enjin 200

Related

146
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Italjet Dragster 125, Italjet Dragster 200, Italjet Itali, roda2, skuter

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
    Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
    BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
  • #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?
    #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my