TOYOTA mengumumkan akan menamatkan pengeluaran FJ Cruiser di Timur Tengah pada Disember 2022 dengan memperkenalkan model edisi akhir, FJ Cruiser Final Edition (2023).
Kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz pertengahan edisi akhir itu nanti akan dikeluarkan 1,.000 unit sahaja yang tampil berbeza berbanding model sedia ada.
BACA >>> SUV 'Toolbox', Toyota TJ Cruiser Versi Pengeluaran Akan Buka Tempahan Disember Ini?
BACA >>> Covid-19: Toyota Henti Operasi 5 Kilang di Jepun, Hadkan Eksport
Menurut Toyota, 1,000 unit akhir itu akan mendapat sentuhan warna krim yang sama dan diberikan sentuhan gril hitam, bampar, cermin sisi, hendal pintu, rim 17 inci, pemijak sisi dan penutup tayar rizab pada pintu but. Setiap unit juga diberikan lencana khas 'Final Edition'.
Wakil Toyota untuk Timur Tengah dan Asia Tengah, Kei Fujita berkata;
FJ Cruiser menuju ke matahari terbenam dengan meninggalkan kenangan abadi sebagai antara SUV paling ikonik dalam sejarah Toyota."
"Kombinasi unggul keupayaan off-road, gaya dan prestasi menjadi pengalaman di rumah yang sama seperti pengembaraan di gurun, atau rutin harian, dan menyediakan keselesaan dan reliabiliti kepada pemandu dan penumpang di mana saja penjalanan ditempuhi."
Sebagai makluman, FJ Cruiser Final Edition (2023) dijana enjin V6 4.0L berkuasa 270hp dan tork 380Nm. Bagaimanapun, maklumat mengenai harga belum didedahkan.
BACA >>> UMW Toyota Lancar Corolla Cross Hybrid (2022) CKD, Harga Mula RM136k!
BACA >>> Tiga Varian Toyota GR Corolla (2023) untuk Amerika! Harga Mula RM163k
SUMBER: CarScoops
Leave a Reply