• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / #Videotomotif: Berpantang Maut Sebelum Ajal, Trak Rempuh Bas Tetapi Tiada Penumpang Cedera

#Videotomotif: Berpantang Maut Sebelum Ajal, Trak Rempuh Bas Tetapi Tiada Penumpang Cedera

February 1, 2017 By Han Othman Leave a Comment

FacebookTwitter


JIKA anda mahu tahu apakah maksud peribahasa 'berpantang maut sebelum ajal', lihat saja video di bawah ini sebagai contoh. Siapa sangka tiada penumpang cedera dalam insiden kemalangan membabitkan sebuah trak merempuh sisi bas di Syracuse, New York pada 19 Januari lalu.

Insiden dramatik itu sempat dirakamkan kamera litar tertutup (CCTV) dalam bas yang menunjukkan tiga penumpang (seorang lelaki dan dua wanita) duduk di barisan kerusi depan dan masing-masing sedang melakukan hal sendiri.

trak-rempuh-bas-5
Tidak lama kemudian, Penumpang 1 (wanita) yang duduk bertentangan sisi bas yang dirempuh mula perasan ada sebuah trak sedang meluru ke arah bas, lalu dia menjerit. Serentak itu juga Penumpang 2 (lelaki) yang duduk di hadapannya menoleh ke belakang, melihat trak dan cuba meloncat daripada kerusi (lihat detik 0:08 saat di bawah). Pada masa sama trak itu turut merempuh tepi bas hingga membuatkan Penumpang 2 terperosok ke kerusi di depannya.

0:07 - Penumpang 1 menjerit dan Penumpang 2 menoleh.
0:08 - Penumpang 2 cuba meloncat.
0:08 - Trak merempuh pada masa sama.
0:09 - Rempuhan berlaku. Penumpang 2 terperosok.

Semua insiden tersebut berlaku begitu pantas bermula saat ke-7 hingga saat ke-9, bermula Penumpang 1 perasan kelibat trak datang dan menjerit pada saat ke-7, dan Penumpang 2 memberikan reaksi menoleh dan cuba meloncat menyelamatkan diri sebelum dirempuh trak pada saat ke-8, manakala saat ke-9 rempuhan sudah berlaku.

Apa yang menakjubkan, bahagian sisi bas yang dirempuh trak itu betul-betul di belakang kerusiPenumpang 3 (wanita) yang duduk di depan Penumpang 2 yang cuba menyelamatkan diri itu. Malah, penumpang yang duduk di kerusi barisan belakang turut terselamat.

Menurut Syracuse.com, semua penumpang bas tidak cedera, cuma pemandu bas dan penumpang trak dirawat kerana mengadu sakit dada akibat terkejut. Inilah yang dikatakan berpantang maut sebelum ajal.

SUMBER: Syracuse.com

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, berpantang maut sebelum ajal, kemalangan jalan raya, trak rempuh bas, videotomotif

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my