TULAR video pemuka (dashcam) sebuah Nissan Almera tiba-tiba melompat beberapa kali dan 'melekat' di belakang sportbike dipercayai Honda CBR di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) menghala Kuala Lumpur dari Nilai.
Klip video dikongsi pemilik akaun Facebook John Kiew itu menunjukkan pemandu Almera berwarna perak sedang memandu di lorong memotong (paling kanan). Penunggang sportbike merah itu pula datang dari belakang dan berada di tengah garis jalan antara lorong kedua dan ketiga, iaitu di sebelah kiri Almera tersebut.
BACA >>> Honda CBR1000RR-R Fireblade SP 30th Anniversary Buka Tempahan di Jepun, Harga RM102k!
Mungkin mahu memotong, penunggang sportbike itu meningkatkan kelajuan dan menyelit masuk ke lorong paling kanan di depan Almera. Tetapu, entah kenapa Almera itu tiba-tiba terenjut-enjut sebelum masuk ke lorong tengah.
Rupa-rupanya, bampar depan Almera itu melekat pada tayar dan pelana sportbike tersebut. Lucunya, penunggang CBR itu pula tidak terjatuh, dan masih duduk elok atas pelana motornya.
Sebahagian netizen mendakwa punca perlanggaran adalah kerana penunggang sportbike itu membrek mengejut atau mengurangkan kelajuan. Ada pula mengatakan penunggang itu tersilap jalan kerana ada sekumpulan konvoi motosikal besar dilihat menyusur keluar dari Lebuhraya PLUS menghala ke Subang Jaya atau Klang.
Jadi, apa komen anda?
BACA >>> KMI Lancar Supersport Kawasaki Ninja ZX-25RR (2023), Naik Taraf Siri ZX-25R
BACA >>> #SembangDeras: Trend Pelekat Lucah, Pemandu Tak Rasa Malu Ke?
SUMBER: John Kiew | Roger i-Moto
Leave a Reply