• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Ahli Perniagaan Kena Culik Vellfire Putih, Polis Kata Mungkin Ada Masalah Hutang

Ahli Perniagaan Kena Culik Vellfire Putih, Polis Kata Mungkin Ada Masalah Hutang

September 30, 2022 By Shawkath Leave a Comment

221
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

TULAR beberapa rakaman video menunjukkan aksi sekumpulan lelaki menculik seorang individu untuk dimasukkan ke dalam sebuah Toyota Vellfire berwarna putih.

Rupa-rupanya, lelaki yang diculik ialah seorang ahli perniagaan berumur 38 tahun dan punca kejadian itu dipercayai akibat masalah hutang dengan pihak majikan.

BACA >>> Vellfire Pun Nak Lumba Haram!

https://pandulaju.com.my/wp-content/uploads/2022/09/culik.mp4

Kini, polis sedang memburu kumpulan individu terlibat dalam kes culik tersebut. Insiden culik itu berlaku di sebuah restoran di Jalan Pandan Indah 1/23D di Ampang, Selangor semalam.

Polis menerima panggilan MERS999 berhubung satu kejadian culik kira-kira jam 5.03 petang tentang kejadian melarikan orang dan dibawa masuk ke dalam kenderaan.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata:

"Mangsa seorang lelaki tempatan telah pergi seorang diri untuk makan di restoran berkenaan dan datang satu kumpulan suspek dipercayai lelaki tempatan telah menarik serta memaksa mangsa masuk ke dalam Toyota Vellfire berwarna putih.

"Mangsa menjerit meminta tolong dan cuba untuk melepaskan diri namun tidak berjaya. Mangsa telah dilarikan menaiki kenderaan berkenaan.”

Rakaman video pertama menunjukkan kejadian culik manakala klip kedua memaparkan sekumpulan mat motor membantu mengejar Vellfire berkenaan.

https://pandulaju.com.my/wp-content/uploads/2022/09/culik-vellfire-1.mp4

Mangsa yang diculik tiba ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya kira-kira jam 10.45 malam setelah dibebaskan suspek di Klang.

Mohamad Farouk menyatakan:

“Mangsa mengalami beberapa kecederaan luka di bahagian kaki dan muka akibat kejadian itu serta telah mendapat rawatan di Hospital Ampang.

"Punca kejadian dipercayai akibat masalah hutang dengan pihak majikan.”

Polis sudah mengenal pasti suspek dan sedang menjejak mereka. Kes disiasat di bawah Seksyen 365 Kanun Keseksaan.

BACA >>> Mercedes-Benz GLC Langgar Traktor Sampai Putus Dua!

Related

221
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: autoterkini, Culik, MERS999, Mohamad Farouk Eshak, Polis Ampang, Seksyen 365 Kanun Keseksaan, Toyota Vellfire Kes Culik

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev