• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Volvo Guna Radar untuk Kesan Kanak-Kanak Tertinggal dalam Kereta

Volvo Guna Radar untuk Kesan Kanak-Kanak Tertinggal dalam Kereta

September 29, 2022 By Abang Hirata Leave a Comment

74
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


ISU ibu bapa atau penjaga tertinggal kanak-kanak dalam kereta adalah perkara serius hingga menarik perhatian Volvo Cars untuk bertindak melakukan sesuatu.

Kini sudah ada teknologi seperti nyalaan lampu atau notifikasi pada kluster instrumen yang mengingatkan pemandu mengenai penumpang belakang. Bagaimanapun, Volvo tampil canggih apabila menggunakan sensor radar untuk mengesan penumpang. Pengeluar Skandinavia itu nampaknya nekad mahu membantu supaya tiada sesiapapun yang tertinggal atau terlupa.

BACA >>> Budak Perempuan OKU Maut Tertinggal dalam Van, Pemandu Ditahan
BACA >>> #ApaNakBuat: Waze Ada Fungsi untuk Elak Tertinggal Anak dalam Kereta

Teknologi Pengesanan Penumpang (Occupant Sensing) menggunakan radar dalam kereta yang direka supaya tepat dan sensitif bagi mengesan pergerakan paling kecil hingga skala submilimeter seperti kanak-kanak sedang tidur.

Teknologi itu adalah pertama seumpamanya membabitkan keseluruhan bahagian dalaman, termasuk but kereta. Malah ia bukan lagi pada tahap ujian, tetapi disahkan dilengkapi pada kenderaan utiliti sukan (SUV) baharu, EX90 (2023) yang akan diperkenalkan pada 9 November nanti.

EX90 (2023) dikatakan model pengganti XC90 yang dijana nadi elektrik penuh. Walaupun belum ditayang sepenuhnya, Volvo sebelum ini berkongsi beberapa maklumat mengenai model Concept Recharge itu.

Bagaimana Sistem Itu Berfungsi?
https://pandulaju.com.my/wp-content/uploads/2022/09/Volvo-Occupant-Sensing.mp4
  • Sensor dipasang pada konsol atas kepala, lampu bacaan di siling dan but kereta.
  • Sistem pertama yang mampu mengesan pergerakan submilimeter dalam keseluruhan bahagian dalaman kereta.
  • Bagi meliputi sebanyak mungkin ruang dalaman dan mengesan sama ada kanak-kanak atau haiwan peliharaan tertinggal dalam kereta, Volvo menempatkan radar dari depan hingga belakang, termasuk but.
  • Setiap kali pemandu cuba mengunci kereta, sistem radar dalaman akan diaktifkan dan menentukan sama ada kereta sudah kosong sebelum kereta dapat dikunci.
  • Bagi mengingatkan pemandu supaya tidak penat menerima amaran, pasukan pakar Volvo menentukan masa terbaik untuk menghantar isyarat kemungkinan terdapat ahli keluarga tertinggal apabila pemandu dalam situasi mengunci kereta.
  • Jika ada ahli keluarga atau haiwan peliharaan dikesan, kereta tidak dapat dikunci dan peringatan dipaparkan pada unit infotainmen supaya memeriksa bahagian dalaman.
  • Sistem penyaman udara pula boleh kekal aktif (selagi bateri voltan tinggi mempunyai cas mencukupi) jika terdapat manusia atau haiwan dikesan dalam kereta, sekali gus mengurangkan risiko hipotermia atau strok haba.

Selepas EX90 (2023), Volvo akan melengkapi teknologi sensor radar pada model akan datang.

BACA >>> Canggih, Volvo Cars Uji Stesen Cas Kereta Elektrik Wayarles!
BACA >>> Polestar 2 Tunjuk Apa Akan Berlaku Terhadap Bateri EV Jika Kemalangan

 

Related

74
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Sensor Radar, Teknologi Pengesanan Penumpang, Volvo, Volvo Cars, Volvo EX90 (2023), Volvo Occupant Sensing

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my