• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Cardo KTM PackTalk Edge telah Tiba di Malaysia (SIAP + GAMBAR)

Cardo KTM PackTalk Edge telah Tiba di Malaysia (SIAP + GAMBAR)

September 28, 2022 By Wahid Leave a Comment

FacebookTwitter

CARDO Malaysia mengumumkan ketibaan peranti Bluetooth untuk helmet motosikal, Cardo KTM PackTalk Edge untuk pasaran tempatan, khususnya kepada mereka yang menunggang motosikal KTM.

Penggunaan peranti Bluetooth pada helmet sudah menjadi jadi trend yang agak biasa masa kini berbanding lima tahun lalu kerana model-model KTM bermula daripada banjaran 390 ke atas dilengkapi aplikasi infotainmen yang boleh dihubungkan dengan telefon pintar.

Ada banyak barisan peranti Cardo, dan KTM PackTalk Edge ialah model yang berasaskan PackTalk Edge dalam kategori perdana.

Berikut ciri Cardo PackTalk Edge:

  • Boleh melakukan strim muzik, radio FM, telefon menerusi pautan Bluetooth.
  • Perisian dan pembesar suara jenama JBL yang dinaik taraf.
  • Penapisan bunyi bising dipertingkat. Cardo menggunakan mikrofon untuk 'membaca' tahap bunyi bising dengan menghasilkan frekuensi audio lebih jelas. Melalui pengalaman penulis, ciri ini membuatkan suara penunggang jadi sangat jelas ketika bercakap hingga pendengar tidak percaya anda sedang menunggang!
  • Ada fungsi nterkom melalui pautan Bluetooth sesama penunggang, pembonceng atau penunggang lain menerusi pautan Dynamic Mesh Communication (DMC) generasi kedua dengan pengguna peranti yang ada fungsi DMC.
  • Cipset dan protokol Bluetooth 5.2 terbaharu (PackTalk Bold menggunakan Bluetooth 4.1) yang membenarkan pindahan data lebih pantas selain mengurangkan penggunaan tenaga. Ia juga membolehkan sambungan padanan (pairing) dibuat lebih cepat.
  • Transmisi data menerusi Bluetooth 5.2 juga lebih stabil, dan lebih jauh.
  • Kualiti audio untuk fungsi panggilan telefon juga sangat jelas.
  • Perisian boleh dikemas kini secara wayarles menerusi fungsi 'Over the Air Update'.
  • Port pengecas ditukar daripada mikro USB kepada USB Type-C untuk  pengecasan dan pemindahan data lebih pantas.
  • PackTalk Edge boleh memberikan masa penggunaan selama dua jam jika dicas 20 minit. Ini amat berguna, terutama jika menunngang jauh.
  • Pengecasan penuh 0-100 peratus mengambil masa 2 jam dengan masa penggunaan hingga 13 jam, dan kuasa siap sedia (standby) hingga 10 hari.
  • Pengecaman suara semula jadi (Natural Voice Recognition) yang membolehkan penunggang menyebut fungsi yang dimahukan dengan menggunakan arahan suara dan pertuturan biasa.
  • Maksudnya, penunggang tidak perlu merakam arahan terlebih dulu. Misalnya, penunggang hanya perlu sebut, "Hey Cardo, music on" dengan cara dan suara tersendiri.
  • Selain itu, penunggang juga  boleh menyanyi sekuat hati dalam helmet tanpa menjejaskan fungsi peranti.

Ciri Luaran

  • Kasing (casing) lebih nipis dan aerodinamik.
  • Punat pelbagai fungsi lebih besar.
  • Pelekap air mount baharu magnet yang sangat kuat dan tahan kelajuan tinggi.
  • Tiada lagi antena luaran seperti PackTalk Bold.
  • Casing kalis air dan habuk.

Cardo PackTalk Edge VS Peranti Bluetooth Lain

  • Peranti PackTalk bukan bergantung kepada pautan Bluetooth sahaja, kerana ciri itu ada beberapa batasan, terutama ketika berkonvoi.
  • Misalnya, sambungan Bluetooth akan terputus jika seorang atau beberapa penunggang terpisah dari kumpulan. Selepas itu, sambungan mungkin tidak dapat disambung kembali kecuali dengan membuat pautan (pairing) semula.
  • Cardo mengatasi masalah tersebut dengan memperkenalkan protokol sambungan DMC.' Rangkaian DMC tidak terputus walaupun ada beberapa pengguna terputus hubungan dengan kumpulan. Malah penunggang yang terpisah hubungan komunikasi akan disambung secara automatik apabila menyertai semula konvoi.
  • DMC juga membolehkan sambungan seramai 15 pengguna pada satu-satu masa berbanding Bluetooth.
  • Justeru fungsi Bluetooth adalah menyambungkan peranti kepada telefon pintar dan panel meter motosikal, termasuk pembonceng. Sebaliknya, DMC digunakan untuk sambungan berkumpulan.

Berapakah Harga Cardo KTM PackTalk Edge?

  • Dijual pada harga RM1,699. Jika mahukan peranti Bluetooth dengan ciri yang memuaskan, inilah produk itu!
  • Cardo Malaysia juga menawarkan  model Cardo lain seperti:
    • PackTalk Edge – RM1,649
    • PackTalk Bold - RM1,429
    • Freecom 4X - RM1,179
    • Spirit - RM369
  • PackTalk Bold memiliki ciri Bluetooth 4.1, DMC generasi pertama, dan pembesar suara JBL generasi pertama. Freecom  4X pula ada pembesar suara JBL dan Bluetooth, tetapi tiada DMC, manakala Spirit ialah model standard dengan ciri Bluetooth sahaja.

Layari laman Facebook Cardo Malaysia untuk mendapatkan lebih banyak maklumat.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
    #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
  • Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
    Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

BERMAZ Motor baru saja melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz … [Baca Lagi...]

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev