• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Video C7 Corvette Tinggal Kereta Polis Bertiang-Tiang Jauh

Video C7 Corvette Tinggal Kereta Polis Bertiang-Tiang Jauh

September 27, 2022 By Han Othman Leave a Comment

1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PEMANDU Chevrolet C7 Corvette menunjukkan betapa dengan kuasa mencukupi mampu menewaskan kereta polis peronda yang sedang mengejar.

Satu klip video di Instagram menunjukkan sebuah kereta peronda polis di Amerika Syarikat (AS) sedang mengejar sebuah C7 Corvette. Apabila perasan polis mula menyalakan lampu strob merah-biru, pemandu C7 Corvette memutuskan untuk memecut melarikan diri sepantas boleh untuk mengelak daripada ditahan.

BACA >>> Badi Nürburgring, Chevrolet C7 Corvette Masib Gagal Walaupun Banyak Kali Mencuba
BACA >>> Supercar Hibrid Konvertibel, Ferrari 296 GTS (2022) Kini di Malaysia, Harga RM1.4 Juta!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Daily LS/LT Powered Car Videos (@lsx.videos)


Suspek bukan saja menunjukkan betapa kereta dipandunya jauh mengatasi kereta perondapolis, tetapi dia turut mematikan lampu utama  yang membuatkan kelibat C7 Corvette itu gagal dikesan. Lihat video di atas.

Melihat kepada saiz dan bentuk spoiler belakang, model itu dikatakan jenis ZR1, atau Corvette Stingray dengan enjin V8 yang mungkin dinaik taraf. Jika menggunakan pek turbo-kembar dan supercharger, C7 ini dengan mudah mampu meledakkan kuasa setinggi lebih 1,000hp!

Apapun, sudah tentu usaha melarikan diri daripada polis itu langkah kurang bijak kerana nombor plat kereta suspek sempat dirakam yang pasti dapat dikesan mudah.

BACA >>> Anak Lelaki Pacquiao Dapat Hadiah Chevrolet Corvette Stingray Sebagai Kereta Pertama
BACA >>> Chevrolet Trailblazer (2021) - SUV Kompak Premium Gaya Off-Road

SUMBER: CarScoops

Related

1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Global, Auto Terkini, Chevrolet Corvette C7, kereta peronda polis, videotomotif

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my