• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Espargaro Tukar Motor Sebab RS-GP Asal Guna Mode Eco, Tak Boleh Lebih 100kmj!

Espargaro Tukar Motor Sebab RS-GP Asal Guna Mode Eco, Tak Boleh Lebih 100kmj!

September 26, 2022 By Shawkath Leave a Comment

1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

ALEIX Espargaro terpaksa memulakan perlumbaan GP Jepun 2022 semalam dari pitlane selepas jentera RS-GP berdepan isu teknikal yang tidak sepatutnya berlaku. Khabarnya, tim Aprilia Racing terlupa tukar mod pemetaan Eco sebelum perlumbaan bermula.

Masalah itu memaksa pelumba pasukan Aprilia itu menukar jentera RS-GP pertama kepada unit kedua. Espargaro menamatkan perlumbaan di tempat ke-16 tanpa sebarang kutipan mata.

BACA >>> Miller Juara GP Japan 2022, Bagnaia Terbabas Cuba Pintas Quartararo

Bercerita mengenai apa sebenarnya terjadi, Espargaro berkata, masalah itu disebabkan jenteranya menggunakan pemetaan enjin Eco yang diaktifkan untuk lap pra-perlumbaan ke grid untuk menjimatkan bahan api.

Pemetaan itu sepatutnya dipadamkan dan digantikan dengan pemetaan perlumbaan sebenar. Itu adalah penyebab utama mengapa Espargaro masuk ke pitlane.

Ini kata Espargaro:

“Kita orang panggilnya pemetaan Eco untuk jimat petrol, jadi motor itu tak boleh pergi lebih 100kmj, tak lebih 5,000rpm.

“Jadi, aku dah cuba semua benda tapi tak berfungsi. Aku tukar dan naik motor kedua kat pit tapi motor tu guna tayar lembut untuk roda belakang dan aku mana boleh ride dengan tayar camtu.”

“Dari awal aku dah tahu, motor tu menolak ke depan. Aku terus cuba kekal atas trek. Aku dah gelisah dan banyak wat silap. Jadi, aku ambil keputusan kekal di trek dengan harapan bendera merah dikibarkan atau apa-apa. Tapi tak berlaku.”

Espargaro mendakwa dia 100 peratus boleh menang dalam perlumbaan semalam jika bukan kerana masalah itu, mendakwa tayar lembut pada jentera kedua menyekat kemaraannya.

BACA >>> Aprilia Racing Dedah Jentera RS-GP (2022), Tidak Lagi Bersama Gresini
BACA >>> Espargaro: "Tanpa Aku, Belum Tentu Aprilia Boleh Capai Tahap Macam Sekarang"

Semasa ditanya apa kemungkinan jika masalah itu tidak berlaku, Espargaro menjawab:

“Menang, 100%. Aku langsung tak ride jentera nombor dua pada hari pertama hujung minggu kerana faktor cuaca. Aku memang benci tayar lembut. Sejak tiga race sebelum ini, memang aku tak pernah guna (tayar lembut).

“Walapun masa kelayakan, aku sebenarnya bergelut. Dan dengan situasi macam itu, aku catat 1 minit 46 saat (dalam perlumbaan) untuk banyak lap.

“Kalau dengan tayar medium macam motor lagi satu, aku boleh catat 45.5, sekurang-kurangnya macam tahap Jack. Jadi, ini amat menghampakan.”

SUMBER: Motorsport | Crash

Related

1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Aleix Espargaro (Aprilia Racing), Aprilia Racing, Aprilia RS-GP 2022, MotoGP

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my