• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Satu Lagi Acara Permotoran di Kedah Disember Ini

Satu Lagi Acara Permotoran di Kedah Disember Ini

September 26, 2022 By Han Othman Leave a Comment

63
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KERAJAAN Negeri Kedah bercadang menganjurkan satu lagi acara permotoran Disember ini berikutab sambutan luar jangka diterima terhadap program Kedah Motor Fest yang diadakan di Dataran Amanjaya Mall, di Sungai Petani, kelmarin.

Menteri Besar Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, program Kedah Motor Fest berjaya menghimpunkan peminat permotoran dalam negeri, termasuk penyertaan dari negeri lain membabitkan pelbagai kategori motosikal.

Kehadiran begitu ramai, setakat jam 2 petang tadi, kira-kira 16,000 pengunjung hadir. Kita mengalu-alukan penyertaan semua kategori termasuklah vespa, vintage, cup, superbike. Program ini juga mencakupi semua peminat permotoran yang bukan hanya dari negeri ini tetapi juga negeri lain.

"Saya berharap program seperti ini dapat diadakan secara berkala, saya fikir Disember ini akan diadakan satu lagi program seperti ini," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan program Kedah Motor Fest sempena Karnival Prihatin Negara di Dataran Amanjaya Mall, Sungai Petani, Jumaat lalu.

Sementara itu, Pengarah Program Kedah Motor Fest, Nurul Amin Hamid berkata, matlamat utama penganjuran program berkenaan adalah menghimpunkan dan menyatupadukan anak muda dan peminat dunia permotoran.

Dalam kalangan peminat motosikal ada kumpulan tersendiri contohnya peminat motosikal jenis YSuku, RX-Z, RS, vespa dan lain-lain lagi. Menerusi program ini kita turut menyelitkan juga agenda dakwah untuk anak muda dan perkongsian daripada pimpinan anak muda mengenai belia mahir dan keperluan belia masa kini.

"Walaupun acara permotoran ini memenuhi keperluan anak muda, tetapi kita turut menekankan aspek keselamatan ketika menunggang dan kita turut membawa beberapa orang ikon, khususnya dalam sukan permotoran untuk mendidik anak-anak muda supaya menunggang dengan selamat," katanya.

Karnival Prihatin Negara anjuran Kementerian Belia dan Sukan dengan kerjasama Pejabat Menteri Besar Kedah dan Pejabat Exco Kerajaan Negeri yang berlangsung selama tiga hari berakhir Jumaat lalu dengan jumlah kehadiran lebih 50,000 pengunjung.

BACA >>> Anak Lembu Lintas Jalan, Rempuh Penunggang Motor Sampai Terbabas
BACA >>> MB Kedah Janji Litar Lumba Antarabangsa Sungai Petani Harga Rakyat

SUMBER: Bernama | FB MBKedah

Related

63
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, Karnival Prihatin Negara, Kedah, Kedah Motor Fest, Kementerian Belia dan Sukan, Kerajaan Negeri Kedah, Pejabat Exco Kerajaan Negeri, Pejabat Menteri Besar Kedah

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev