• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pelumba Ini Bikin Volkswagen Passat Jadi 1,000hp! Mahu Berentap Dalam Formula Drift

Pelumba Ini Bikin Volkswagen Passat Jadi 1,000hp! Mahu Berentap Dalam Formula Drift

January 28, 2017 By Han Othman 1 Comment

114
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


VOLKSWAGEN Passat boleh saja diibaratkan sebagai Camry Jerman, iaitu sebuah kereta saiz pertengahan yang disasarkan kepada pembeli matang dalam lingkungan usia 40-an ke atas. Tetapi, apa pula terjadi apabila kereta itu dipakaikan enjin V8 berkuasa 1,000hp dengan sistem pacuan roda belakang (RWD), manakala sistem suspensi pula dibikin supaya mampu mendrift?

Ya, Volkswagen Passat jelmaan baharu itu benar-benar dipandu Tanner Foust, 43, iaitu seorang pelumba profesional yang juga merupakan pemilik kereta tersebut. Foust dikatakan membina jentera itu untuk bersaing dalam Formula Drift menentang seteru hebat lain seperti Toyota 86 dan Ford Mustang yang sememangnya sinonim dengan sukan lumba itu.

GUNA ENJIN LEGENDA CHEVY

chevrolet-corvette-enjin-ls7-2007
chevrolet-corvette-z06-2007
volkwagen-passat
tanner-foust

Enjin asal Passat itu disalinkan kepada enjin V8 legenda, Chevrolet LS7 berkapasiti 7.0L yang diambil daripada sebuah Chevrolet Corvette Z06 lama (seperti gambar di atas), sekali gus memberikan kuasa 1,000hp dengan bantuan nitros.

Sebenarnya, Volkswagen tahun lalu baru saja mendedahkan model konsep Passat GT berkuasa 280hp. Namun, pengeluar itu masih memerlukan beberapa langkah penambahbaikan untuk menjadi model-model prestasi tinggi mereka semakin baik. Tambahan lagi dengan kematian Chevrolet SS yang baru ditamatkan hayat oleh General Motors (GM). Mampukah Volkswagen mengambil peluang yang ada dengan menghasilkan jentera V8 dengan trenpacu RWD?

* Durasi video: 0:55 saat

SUMBER: Road and Track

Related

114
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Chevrolet Corvette Z06, drift, enjin LS7 7.0L, Formula Drift, Roda4, Tanner Foust, videotomotif, Volkswagen, Volkswagen Passat, Volkswagen Passat 1000cc

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev