• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Harga Jualan Asas Lima Model Yamaha Naik Bulan Ini, Serendah RM300

Harga Jualan Asas Lima Model Yamaha Naik Bulan Ini, Serendah RM300

September 23, 2022 By Shawkath Leave a Comment

242
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

TREND kenaikan harga jualan asas motosikal jenama Yamaha sudah bermula sejak suku kedua tahun ini. Antara model awal menyaksikan tambahan harga ialah Yamaha Y15ZR (2022) sebanyak RM330.

Selain kapcai, skuter maksi NMAX juga menampakkan kenaikan harga asas RM200 untuk model versi dipertingkat 2022, mula masuk pasaran pada Julai lalu.

Bulan lalu, Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) mengumumkan tawaran dua pilihan warna baharu skuter XMAX dengan kenaikan harga asas RM300.

Pengumuman mengenai Yamaha YZF-R25 dan MT-25 edisi 2022 semalam menyaksikan lonjakan signifikan, masing-masing sebanyak RM3,000 dan RM1,498.

Perlu diingatkan, R25 dan MT-25 bukan hanya salin seragam tetapi ditambah teknologi keselamatan canggih Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi-saluran dan lampu signal belok LED.

Harga asas motosikal 135LC Fi dan 135LC Fi SE masing-masing naik RM300 berkuat kuasa 19 September lalu. Tiga hari lalu,  Y15ZR mengalami kenaikan harga asas kali kedua tahun ini, sebanyak RM300.

HARGA JUALAN ASAS TERKINI

  • 135LC Fi: RM8,098 (asal RM7,798)
  • 135LC Fi SE: RM8,498 (asal RM8,198)
  • Y15ZR: RM8,798 (asal RM8,498)

Related

242
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: autoterkini, Hong Leong Yamaha Motor (HLYM), Kapcai Naik Harga, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev