• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Widowmaker 7 - Motosikal Pantas di Dunia Dekad 70-an Kini Dilelong

Widowmaker 7 - Motosikal Pantas di Dunia Dekad 70-an Kini Dilelong

January 28, 2017 By Azhan O Leave a Comment

85
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

widowmaker-7-bg
MENGHASILKAN motosikal yang laju tidaklah sesukar kereta kerana struktur motosikal itu sendiri secara natural adalah sebuah jentera yang ringan. Motosikal juga tidak perlu mempertimbangkan struktur casis yang sofistikated seperti kereta. Malah, enjin kecil sekalipun mampu membuatkan sesebuah motosikal memecut sangat laju. Tidak percaya? Lihat saja aksi mat rempit di luar sana. 😛

Bagaimanapan, motosikal drag 1970-an ini meletakkan kelajuan jentera dua roda dalam kelas berbeza. Widowmaker 7 dibina oleh pembikin dan pelumba motosikal tersohor, EJ Potter yang sememangnya terdedah dengan pengalaman menghasilkan motosikal V8 seawal usia 16 tahun.

MOTOSIKAL 500HP

EJ Potter pada usia 59 tahun (2000)
EJ Potter pada usia 59 tahun (2000)
Aksi EJ Potter ketika menunggang uji Widowmaker
Aksi EJ Potter ketika menunggang uji Widowmaker

Widowmaker 7 dibina pada sebagai motosikal lumba drag dengan menggunakan enjin V8 5.67L Chevrolet dengan kuasa setinggi 500hp!

Secara visual, rupa Widowmaker 7 tidak ubah seperti sebuah enjin bergerak. Lihat saja gambar di bawah, di mana saiz enjin menguasai hampir 50 peratus struktur motosikal tersebut. Malah, tempat duduk terpaksa dianjakkan di atas tayar belakang.

Tahukah anda, Widowmaker 7 disahkan Guinness Book of World Record 1973 sebagai motosikal paling pantas di dunia dengan mencatatkan masa 8.68 saat dalam jarak 402 meter pada kelajuan 277kmj. Walaupun takhta dimiliki itu sudah tidak relevan lagi pada hari ini, tetapi ia tetap menjadi sebahagian daripada sejarah motosikal dunia.

Lebih menarik, Widowmaker 7 kini dilelong dalam Lelongan Motosikal Las Vegas dengan harga jualan dijangka mencecah sekitar AS$65,000 (RM290,000) hingga AS$85,000 (RM380,000).

Video di bawah menunjukkan Potter sendiri menguji jentera tersebut. Beliau bukan sekadar mencatatkan masa 10.3 saat dalam jarak 402 meter pada kelajuan 233kmj, tapi lebih istimewa, asap putih kelihatan berkepul-kepul keluar dari tayar belakang sepanjang beliau menunggang uji.

GALERI

widowmaker-7-1
widowmaker-7-2
widowmaker-7-3
widowmaker-7-4
widowmaker-7-5
widowmaker-7-6
widowmaker-7-7
widowmaker-7-8
widowmaker-7-9
widowmaker-7-10
widowmaker-7-11
widowmaker-7-12

SUMBER: Road and Track

Related

85
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: EJ Potter, Guinness Book of World Record 1973, motosikal, motosikal terpantas dunia, motosikal V8, roda2, Widowmaker 7

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #TahukahAnda: 4 Jenis Coolant yang Perlu Anda Tahu
    #TahukahAnda: 4 Jenis Coolant yang Perlu Anda Tahu
  • Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
    Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev