SELEPAS lima tahun bersaing dalam kelas prototaip dan touring, Viper Niza Racing hari ini mengumumkan kerjasama dengan Aston Martin Racing Asia.
Pasukan milik Malaysia yang ditubuhkan sejak 2015 itu akan menggunakan dua model Aston Martin iaitu Vantage GT3 dan GT4 untuk bersaing dalam kempen perlumbaan serantau dan antarabangsa kelas GT Sport Car.
Selaku pasukan sekutu Aston Martin Racing Asia, Viper Niza Racing juga akan menguruskan dan menyediakan servis untuk program perlumbaan membabitkan pelanggan.
BACA >>> Siri Akhir Aston Martin V12 Vantage Lancar, 333 Unit Habis Ditempah!
BACA >>> SUV Terpantas Dunia, Aston Martin DBX707 (2022) Kini di Malaysia! Harga RM1.09j
Pemilik, prinsipal dan pelumba, Douglas Khoo akan mengetuai pasukan itu dengan bantuan rakan pelumba, Dominic Ang. Pengumuman itu dibuat pada satu majlis pelancaran dua jentera lumba baharu itu di Aston Martin Kuala Lumpur. Hadir sama ialah Pengarah Aston Martin Racing Asia, Weiron Tan.
Kedua-dua jentera lumba Vantage GT3 dan GT4 dipacu trenkuasa 4-liter V8 turbo berkembar akan meneruskan legasi Aston Martin Racing dalam perlumbaan kereta sport.
Vantage GT3 ialah kereta lumba penuh yang direka dan dibangunkan sepenuhnya. Jentera itu menggantikan model V12 Vantage GT3. Vantage GT4 pula dibangunkan dari model standard Vantage.
Viper Niza Racing Vantage GT3 akan membuat debut di GP Formula Satu (F1) Singapura pada 1 hingga 2 Oktober depan. Khoo akan bersaing dalam perlumbaan sokongan Thailand Super Series (TSS) di Marina Bay Street Circuit pada Sabtu dan Ahad. Acara itu melibatkan dua perlumbaan sprint selama 25 minit di laluan sepanjang 5.063km.
Seramai 27 pelumba antarabangsa dari Singapura, Thailand, Belanda, Australia, Amerika Syarikat, New Zealand, Perancis, Hong Kong dan Kanada akan bersaing dalam GT3/GTM dan GTC. Antara jenama kereta lumba yang bersaing dengan pasukan Viper Niza Racing ialah Toyota, Lexus, Audi, Porsche, Aston Martin, Mercedes AMG, Bentley, Lamborghini dan Ford.
BACA >>> Foto Toyota GR GT3 Concept Didedahkan, Kereta Lumba Misteri Tanpa Maklumat Teknikal
BACA >>> Porsche 911 GT3 (2022) Buka Tempahan di Malaysia, Harga RM1.8 Juta Sahaja
BACA >>> Lotus Pinjamkan Evora GT410 Sport Sebagai Kereta Peronda Polis UK
Leave a Reply