• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #TahukahAnda: Lima Dekad dengan Sistem AWD, Kekal Jadi Ciri Premium Subaru!

#TahukahAnda: Lima Dekad dengan Sistem AWD, Kekal Jadi Ciri Premium Subaru!

September 20, 2022 By Abang Hirata Leave a Comment

74
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SUBARU
sejak sekian lama mempunyai dua identiti utama, iaitu sistem pacuan semua roda (AWD) dan enjin boxer.

Pacuan AWD begitu lama dengan Subaru dan pengeluar itu meraikan ulang tahun ke-50 tahun ini selepas Leone 4WD Estate Van (foto bawah) diperkenal pada September 1972.

BACA >>> #TahukahAnda: Kelebihan dan Kekurangan Sedan AWD
BACA >>> Subaru BRZ (2022) Generasi Kedua Lancar di Indonesia, Harga Mula RM257k!

subaru-leone-4wd-estate-van
Subaru Leone 4WD Estate Van

Model itu juga menjadi kereta penumpang pengeluaran massa pertama dengan pacuan AWD dari Jepun. Bukan saja lama, Subaru juga sudah mengeluarkan sekitar 21 juta kenderaan AWD setakat 15 September 2022!

Model AWD mewakili 98 peratus jualan global Subaru dan semua model tersebut, termasuk hibrid dan hibrid plug-in (PHEV) menggunakan sistem AWD simetrikal dengan enjin lintang boxer.

Apa menarik mengenai sistem AWD Subaru?

  • Ciri utama AWD Simetrikal Subaru ialah trenkuasa dipasang secara simetri yang dipadankan bersama enjin boxer dalam kedudukan selari. Jadi, jika bonet kenderaan Subaru dibuka, rongga enjin akan kelihatan berbeza berbanding kenderaan lain, yang mana bentangan kotak gear, enjin dan set pacuan berada dalam posisi tersusun dan simetri.
  • Gabungan pusat graviti (CoG) rendah enjin Boxer dengan piston melintang dan imbangan berat cemerlang daripada trenkuasa simetrikal pula menyumbang pelbagai ciri positif kepada model Subaru. Antaranya kestabilan tinggi, cengkaman pada semua roda dan prestasi pemanduan cemerlang dalam pelbagai kondisi cuaca dan permukaan jalan.
  • Selain ciri mekanikal, memandu kenderaan Subaru memberikan sensasi tersendiri melalui deruman nadi Boxer yang tiada pada kenderaan lain.
  • Lebih eksklusif, hanya Subaru dan Porsche menawarkan enjin boxer untuk model massa masing-masing.

Dengan trend elektrifkasi masa kini, agaknya apakah nasib pacuan AWD Subaru dan enjin boxer?

Subaru SymmetricalAWD e-BOXER
subaru-xv-e-boxer-advance-japan-2019

Teknologi AWD Subaru terus berevolusi melalui model hibrid e-BOXER yang dijual serata dunia seperti XV e-BOXER. Enjin pembakaran dalaman XV dipadankan bersama motor elektrik dan bateri litium-ion.

Mengenai model elektrik pula, Subaru juga tidak ketinggalan. Ini dapat dilihat pada kenderaan utiliti sukan (SUV) Solterra yang diperkenalkan pada November 2021 di Jepun.

subaru-solterra-2023
subaru-solterra-2023-2

Sistem dwi-motor AWD pada Solterra dibangunkan menggunakan kepakaran yang diperoleh daripada inisiatif penyelidikan dan pembangunan (R&D) motor AWD yang dilancarkan pada 2005. Memang betul, Solterra ialah kenderaan elektrik (EV) yang tidak memerlukan enjin Boxer, tetapi ciri AWD terus kekal.

Bercakap mengenai EV, bukan saja Subaru kehilangan deruman Boxer, malah pengeluar lain dengan enjin V12 pun sama! Namun, identiti Subaru dengan pacuan AWD kekal terjamin!

BACA >>> Subaru Perkenal Tiga Model STI dengan Komponen 'Cherry Red'
BACA >>> #PanduUji: Tentang Teknologi EyeSight pada Subaru XV yang Ramai Tidak Tahu

Subaru Leone 4WD Estate Van
Logo Subaru AWD 50 tahun
Subaru SymmetricalAWD 02
Subaru SymmetricalAWD e-BOXER
Subaru dual-motor AWD (EV)
Subaru SymmetricalAWD 01
Subaru Impreza 22B-STi 1998 kredit foto Silvertone Auctions
Subaru Impreza 22B-STi 1998 kredit foto Silvertone Auctions
Subaru Impreza 22B STi 1998 kredit foto Silvertone Auctions
Subaru Impreza 22B STi 1998 kredit foto Silvertone Auctions
subaru-xv-standard-malaysia-2022-21
subaru wrx 2022 -34
subaru wrx 2022 -38
Subaru Solterra
Subaru-Impreza-WRX-STI-S206-white

Related

74
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, autotainment, Subaru, Subaru AWD, Subaru Symmetrical AWD, Symmetrical AWD, tahukah anda

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
  • GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
    GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev