• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Mitsubishi ASX (2023) Serba Baharu Debut Esok

Mitsubishi ASX (2023) Serba Baharu Debut Esok

September 19, 2022 By Han Othman Leave a Comment

1.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PADA Januari lalu, Mitsubishi Motors menyiarkan foto acah generasi baharu ASX (2023) sebelum mendedahkan spesifikasi teknikal pada Jun tahun ini.

Satu cawangan Mitsubishi di Jerman ditugaskan mengadakan acara debut kenderaan utiliti sukan (SUV) subkompak itu esok menjelang pelancaran rasmi pasaran Eropah awal 2023 nanti.

BACA >>> Mitsubishi Malaysia Umum Harga Baharu Outlander, ASX! Murah Hingga RM7k!
BACA >>> Vision Ralliart Concept (2022) - Jelmaan SUV Mitsubishi Outlander Versi Sporty

ASX (2023) ialah model serba baharu yang tidak berkongsi sebarang komponen dengan model sedia ada. SUV segmen-B itu juga akan dijenamakan untuk Renault Captur baharu.

ASX generasi kedua ini akan menggantikan model sedia ada yang sudah berada di pasaran sejak 2010. Sepanjang tempoh itu, Mitsubishi sempat melancarkan RVR dan Outlander Sport di pasaran tertentu. Anda mungkin pernah mengingatinya sebagai Peugeot 4008 dan Citroen C4 Aircross, tetapi dua model Perancis itu sudahpun ditamatkan pengeluaran pada 2017.

Model serba baharu ini akan dipasangkan di kilang Renault Vallabolid di Sepanyol yang Captur turut dikeluarkan dari fasiliti sama. Berikut ringkasan mengenai ASX (2023) serba baharu:

  • Berbanding saudaranya dalam lencana Renault, ASX (2023) dijangka mendapat rekaan bampar dam gril baharu. Bagaimanapun, keseluruhan panel badan dikekalkan bagi mengekal kos pembuatan.
  • Ruang kabin menampilkan perubahan minimal.
  • Dikuasakan enjin 3-silinder 1.0L pengecas turbo berkuasa 91hp dengan trasmmisi manual 6-kelajuan. Juga ditawarkan varian 4-silinder 1.3L berkuasa 140hp, termasuk varian 158hp,  dengan transmisi dual-klac (DCT) 7-kelajuan.
  • Mitsubishi juga bakal memperkenalkan varian elektrifikasi, iaitu hibrid dengan enjin aspirasi natural (NA) 1.6L dan motor elektrik berkuasa 145hp, dan hibrid plug-in (PHEV), juga enjin 1.6L, berkuasa 160hp dengan dua motor elektrik dan bateri 10.5kWh.
  • Tiada versi diesel dikeluarkan, sama seperti Captur.

Renault juga bakal memperkenalkan model baharu yang dijenamakan semula daripada (Mitsubishi) Colt (2024), sebagai  Clio.

BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Crossover EV Mazda MX-30 Cuma Dapat Pandu 200km?
BACA >>> Mitsubishi ASX Juro (2019) dengan Wajah Dynamic Shield Kini di UK

mitsubishi-asx-teaser-2022-1
mitsubishi-asx-teaser-2022-2
mitsubishi-asx-teaser-2022-3
mitsubishi-asx-teaser-2022-4
mitsubishi-asx-teaser-2022-5
mitsubishi-asx-teaser-2022-6

Related

1.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Mitsubishi ASX (2023), Mitsubishi Motors, Roda4, SUV, SUV segmen-B, SUV subkompak

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev