• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #TahukahAnda: Jauhi 6 Perkara Ini Jika Anda Tunggang Motosikal Ketika Hujan

#TahukahAnda: Jauhi 6 Perkara Ini Jika Anda Tunggang Motosikal Ketika Hujan

September 19, 2022 By Shawkath Leave a Comment

174
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

ADA enam perkara yang anda perlu elak seandainya terpaksa menunggang motosikal ketika cuaca hujan untuk mengurangkan risiko terlibat dalam kemalangan.

1. Gagal Beri Perhatian Semasa Tunggang Motor

  • Semua orang tahu, menunggang dengan fokus terganggu cukup berbahaya dan merupakan antara penyebab kemalangan motosikal.
  • Beri tumpuan penuh terhadap apa sedang berlaku di sekeliling dan tunggang secara defensif walaupun dalam kesesakan trafik.
  • Ingat, hujan akan mengehadkan atau mengurangkan daya penglihatan pengguna jalan raya, menjejaskan kekuatan cengkaman tayar dan jarak membrek.
  • Kurangkan kelajuan dan luaskan jarak dengan kenderaan di hadapan. Ini memberi anda jarak lebih panjang untuk membrek secara selamat.
  • Sentiasa peka dengan apa berlaku di sekeliling. Buat persediaan awal jika mahu membelok (nyalakan lampu signal) dan memberhentikan motosikal atau skuter.

2. Memilih Untuk Tidak Bersedia

  • Tiada sesiapa boleh meramal hujan secara tepat tetapi anda sebenarnya tahu musim tengkujuh sudah tiba.
  • Sebelum menunggang, bawa pakaian hujan pada setiap masa. Ada pakar mengesyorkan pakai ves pantul cahaya, sarung tangan kalis air, gugel atau visor pada topi keledar.
  • Jika boleh, pakai kasut kalis air dan bawa plastik kecil berzip untuk simpan dompet, telefon pintar dan peralatan lain.

3. Tunggang Redah Lopak Air

  • Menunggang atau meredah lopak air adalah berbahaya kerana anda tidak tahu apa berada di bawahnya. Jika jalan raya berlubang, anda mungkin boleh terbabas atau tercampak.
  • Jika tidak dapat elak lopak air, ada saranan meminta anda mengekalkan tunggangan dengan posisi badan menegak dan mengekalkan kawalan terotal serta jangan tarik brek.
  • Ingat, ini sekadar nasihat dan sila bertindak mengikut keperluan atau situasi masing-masing.

4. Tidak Jauhi 'Pelangi Air'/ Permukaan Berkilat

  • Minyak yang tumpah ialah penyebab warna pelangi muncul di atas permukaan air. Tumpahan minyak itu boleh menyebabkan laluan menjadi licin dan berbahaya.
  • Begitu juga dengan permukaan berkilat seperti plat logam, permukaan jalan dicat, penutup besi lubang utiliti atau permukaan rel kereta api.
  • Jangan ambil tindakan secara mendadak seperti memusingkan arah pergerakan roda jika melihat ‘pelangi air’ atau objek berkilat.

5. Memecut/Membrek Secara Tiba-Tiba

  • Pecutan atau membrek secara mengejut bukan satu idea bagus ketika tunggangan dalam hujan. Walaupun corak tayar (bunga) masih tebal, kekuatan cengkaman tidak sama seperti di jalan kering.
  • Anda dinasihatkan membuat setiap kendalian operasi seperti memperlahankan kelajuan, penukaran gear dan membelok secara berasingan (jika boleh).
  • Brek secara progresif dengan menarik tuil secara perlahan-lahan dan meningkatkan daya brek secara berperingkat.
  • Jangan ubah pergerakan atau pengemudian secara mengejut. Lakukannya dengan memberi fokus kepada soal lancar dan pergerakan stabil.
  • Ini akan bantu mengurangkan kehilangan daya cengkaman tayar dan membolehkan roda bertindak walaupun ketika traksi terhad.

6. Jangan Tunggang Laju

  • Anda perlu ingat, hujan menjejaskan daya penglihatan, masa untuk tindak balas dan jarak memberhentikan motosikal. Jika menunggang laju, semua perkara ini akan terjejas dan risiko kemalangan adalah lebih tinggi.
  • Tunggang dengan perlahan memberi anda lebih banyak masa, fokus dan ruang untuk memilih permukaan sekali gus menjauhi risiko terlibat dalam kemalangan semasa hujan.

BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Akuasatah (Aquaplaning), Punca Pemandu Terbabas Ketika Hujan?
BACA >>> Kajian: Sistem Bantuan Pemandu Kurang Berkesan Jika Pandu Ketika Hujan
BACA >>> Fakta atau Auta: Bolehkah Guna Ciri Kawalan Jelajah Ketika Hujan?
BACA >>> #ApaNakBuat: Inilah Komponen Motosikal yang Perlu Diservis Selepas Redah Hujan
BACA >>> Kanak-Kanak Maut Baju Hujan Tersangkut Rantai Motor
BACA >>> #ApaNakBuat: Ketahui 6 Tip Menunggang Motosikal Ketika Musim Hujan

SUMBER: MotorBiscuit

Related

174
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: autotainmen, Cara Tunggang Motosikal Dalam Hujan, roda2, Tips Tunggang Motor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev