• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / 'JPJ Filipina' Siar Infografik Had Laju untuk Motosikal dalam Bandar

'JPJ Filipina' Siar Infografik Had Laju untuk Motosikal dalam Bandar

September 19, 2022 By Aryon Leave a Comment

45
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


JABATAN Pengangkutan Darat (LTO) Filipina  mengingatkan pengguna jalan raya negara itu mengenai had kelajuan yang mesti dipatuhi mengikut situasi trafik semasa dengan menyiarkan infografik khas.

Sebagai contoh, apabila menggunakan jalan raya sibuk seperti  Reina Regente St di ibu kota Manila, penunggang sepatutnya tidak menunggang lebih 20kmj, bergantung jenis jalan raya digunakan. Berikut perincian had laju mengikut infografik disiarkan LTO:

BACA >>> Lawak!!! Mercedes Cucuk Ambulans, Sekali Kena Jeling Abang Polis

20KMJ

Walaupun situasi trafik mungkin kurang sesak, tetapi LTO menyarankan penunggang menunggang dengan halaju kurang 20kmj kerana perlu mengambil kira pengguna jalan raya lain seperti pejalan kaki.

30KMJ

Di jalan raya bandar atau pekan, penunggang diminta menunggang dalam halaju tidak lebih 30kmj, seperti jalan raya Scout di Bandar Quezon, dan jalan raya Masangkay dan Teodora Alonzo di Manila.

40KMJ

Ini untuk jalan raya yang besar dan lebar seperti jalan raya utama yang tiada selekoh tajam, seperti di Jose Abad Santos Avenue, Shaw Boulevard, dan Mindanao Avenue.

80KMJ

Had kelajuan ini dikhaskan untuk jalan raya yang lebih besar daripada jalan raya utama dan tanpa selekoh tajam serta struktur komersial seperti kawasan luar ibu kota Metro Manila. Namun, sesetengah jalan raya dihadkan kepada halaju 60kmj.

Kegagalan mematuhi saranan had laju boleh menyebabkan penunggang dikompaun yang membawa kepada tunggangan cuai. Namun ada situasi dan kenderaan tertentu yang diberikan pengecualian seperti kecemasan. Misalnya doktor dan anggota perubatan yang sedang dalam perjalanan memberikan rawatan.

Pengecualian juga diberikan kepada ambulans yang membawa pesakit untuk mendapatkan rawatan segera, konvoi pasukan tentera, polis dan bomba.

BACA >>> Angkara Kerbau, Ambulans Bawa Pesakit Terlibat Kemalangan
BACA >>> BMW Potong di Laluan Kecemasan Ditahan Polis, Orang Belakang Sorak Sakan

Related

45
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Filipina, Had Laju Jalan Raya Filipina

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my