BARU dua hari dibuka, Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (SUKE) sudah mencatat kemalangan pertama membabitkan sebuah motosikal jenis Suzuki dan Perodua Myvi.
Kemalangan yang berlaku kira-kira jam 2.45 petang semalam itu menyebabkan penunggang motosikal terbabit mengalami kecederaan kaki dan dibawa ke Hospital Ampang untuk rawatan.
BACA >>> Kemas Kini: SUKE Sahkan Tiga Warga China Maut dalam Insiden Kren Tumbang
BACA >>> Kes Kren Tumbang: Kontraktor SUKE Kena Denda RM300k
Siasatan polis mendapati kemalangan berlaku apabila Myvi berhenti di lorong kecemasan Lebuhraya SUKE dari arah Tol Bukit Teratai menghala Kuala Lumpur.
Pemandu lelaki warga tempatan itu dikatakan berhenti dengan tujuan melihat pemandangan sekitar atas lebuhraya berkenaan. Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata;
Kemudian datang motosikal jenis Suzuki dari arah belakang melanggar belakang Perodua Myvi terbabit.”
Kes disiasat di bawah Kaedah 16 LN 166/59, iaitu halangan hingga menyebabkan kemalangan. Individu cuai menyebabkan kemalangan boleh dikompaun hingga RM300.
Leave a Reply