• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Honda Bakal Lancar Streetbike 100cc Baharu di India, Bakal Cabar Dominasi Hero Splendor

Honda Bakal Lancar Streetbike 100cc Baharu di India, Bakal Cabar Dominasi Hero Splendor

September 19, 2022 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


INDIA sama seperti sebahagian besar negara Asean yang mana motosikal kapasiti kecil masih menguasai pasaran terbesar industri dua roda dan kekal sebagai mod pengangkutan utama negara Asia Selatan itu.

Motosikal juga membantu menggerakkan ekonomi negara membangun seperti India pasca pandemik Covid-19 yang membantu ramai penduduk yang hilang pekerjaan untuk meneroka karier dalam bidang penghantaran barang dan makanan.

BACA >>> Hero - Satu-Satunya Syarikat Automotif India Capai 100 Juta Unit Pengeluaran

Pengeluar motosikal melihat trend itu sebagai peluang menawarkan model bajet untuk keperluan orang ramai. Honda misalnya mahu memperkenalkan motosikal 100cc baharu dalam masa terdekat.

Berbeza fokus kebanyakan pengeluar tempatan yang rancak mengumumkan dan memperkenalkan skuter elektrik, Honda pula dilihat melangkah ke belakang dengan menumpukan pasaran motosikal kecil berasaskan petrol.

Honda Livo
Honda CD110 Dream Deluxe

Di India, Honda ada menawarkan dua model streetbike mampu milik, CD110 Dream Deluxe dan Livo yang masing-masing berharga 70,315 rupee (RM4,010) hingga 75,002 rupee (RM4,280).

Model 100cc baharu itu dikatakan mesra bahan api dan jauh lebih murah berbanding CD110. Malah streetbike itu berpotensi mencabar model jualan terbaik India, Hero Splendor.

Setakat ini belum ada imej bayangan atau maklumat mengenai trenkuasa rasmi yang dikongsikan, tetapi ada laporan mendakwa rekabentuk motosikal tersebut adalah lebih mirip CD100 Dream DLX.

BACA >>> Harga Kombo Yamaha RX-Z (2010), Topi Keledar LTD, Piring GTO Cuma RM110k!
BACA >>> RX-S Tinggal Rangka Dilelong RM1k!
BACA >>> Panduan Pilih Motosikal Harian [Siri 2] - Streetbike

SUMBER: RideApart | CarAndBike

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Auto Terkini, Hero Splendor, Honda CD110 Dream Deluxe, Honda Livo, roda2, streetbike, Streetbike 100cc

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my