FERRARI Purosangue (2023) mungkin model paling lewat masuk ke dalam parti kenderaan utiliti sukan (SUV) atau crossover mewah, tetapi dengan gaya diilhamkan daripada Roma, dengan enjin V12 dan kelajuan maksimum 310kmj, ia nyata berbaloi ditunggu.
Sebagai makluman, Ferrari mengambil masa 75 tahun menghasilkan jentera empat-pintu yang akan berentap dengan barisan model termahal seperti Aston Martin DBX, Lamborghini Urus, Bentley Bentayga, dan Rolls Royce Cullinan. Kini cuma tinggal McLaren yang masih lambat beranjak mengikut trend semasa.
BACA >>> 14 Fakta Pantas: Ferrari Roma Kini di Malaysia, Harga Mula RM968k
BACA >>> SUV Terpantas Dunia, Aston Martin DBX707 (2022) Kini di Malaysia! Harga RM1.09j
Purosangue (2023) mampu menjadi bilik istimewa buat seisi keluarga dengan pintu belakang jenis engsel belakang yang menjadi ciri praktikal hatcback untuk memasukkan barang. Tidak dilupakan juga ciri pacuan semua roda (AWD) yang boleh digunakan sepanjang masa.
Tidak seperti pesaing yang membina SUV dalam bentuk kereta, Ferrari pula memilih gaya badan crossover yang tampil sederhana dengan tinggi lega bumi 1,589mm. Ferrari mungkin terpaksa berkompromi dengan ruang kepala, tetapi ia membolehkan pengeluar itu menghasilkan rekaan lebih slik dan pusat graviti rendah (CoG) yang dibantu panel bumbung karbon untuk kelebihan pengendalian.
Berikut ringkasan lain mengenai Purosangue (2023):
- Rekabentuk luaran badan aluminium 4,973mm menyerlahkan gaya coupe Roma. Ini dapat dilihat pada bentuk panel difuser belakang yang menempatkan empat muncung ekzos.
- Lampu depan dan belakang juga mengikut ciri rekabentuk kereta dua pintu yang memberikan gaya elegan yang tidak dapat ditandingi model pesaing.
- Kecuali Cullinan, tidak model lain dalam segmen sama yang menggunakan ciri pintu belakang berengsel. Rekaan begitu membuatkan gerbang roda belakang nampak lebih luas dan seakan terapung. Ini membuatkan saiz rim 22 inci (depan) dan 23 inci (belakang) yang besar tidak nampak pelik.
- Dijana enjin aspirasi natural (NA) 6.5L V12 yang menghasilkan output kuasa 715hp dan tork 716Nm dengan rev enjin hingga 8250rpm. Ferrari juga bakal memperkenalkan pilihan enjin V6, V8 dan hibrid.
- Transmisi dual-klac (DCT) 8-kelajuan dengan pacuan AWD czn dipasangkan di belakang, sama seperti model GT Ferrari, sekali gus memberikan agihan berat depan:belakang 49:51 yang sempurna.
- Dari aspek kuasa, DBX707 hampir menyaingi (697hp), tetapi bukan enjin V12. Urus Performanter pula hanya mampu menghasilkan kuasa 657hp, manakala Bentayga dengan trenkuasa W12 cuma 626hp. Tambahan lain, semua model lawan itu bergantung kepada sistem pengecas turbo untuk hantaran kuasa.
- Bagaimanapun, DBX dan Urus mampu menyamai angka pecutan 0-100kmj, iaitu sepantas 3.3 saat.
- Lmeborghini pula mampu mencapai kelajuan maksimum 306kmj, manakala Aston Martin mampu seiring dengan Ferrari, iaitu 310kmj.
- Walaupun ini bukan model AWD pertama Ferrari, tetapi inilah produk pertama dilengkapkan ciri Kawalan Turun Bukit (HDC), temasuk Kawalan Oleng Aktif (ARC).
- Sebenarnya bar anti-oleng aktif bukan ciri sesuai untuk kereta mewar bersaiz besar, tetapi Ferrari berjaya melakukannya menerusi penggunaan damper injap-gelendong (spool-valve) Multimatic kawalan elektronik.
- Ciri ini dibantu artikulasi gandar atas permukaan tidak rata, termasuk menguatkan casis ketika memandu dalam kelajuan tinggi.
- Namun, ketinggian SUV tidak dapat dilaraskan, kekal pada 183mm yang akan mengehadkan keupayaan off-road.
- Lagi ciri Purosangue yang berbeza dan unik adalah rekabentuk dalaman. Ketika pengeluar lain seperti Porsche cenderung memberikan rekabentuk papan pemuka yang sama seperti kereta, Ferrari pula seakan cuba menukar gaya papan pemuka dari kereta lain ke kereta lain.
- Jika luaran Purosangue saling tidak tumpah seperti Roma, rupa dalaman pula seakan 296 GTB, iaitu tanpa unit infotainment di tengah papan pemuka. Sebaliknya pemandu dan penumpang diberikan skrin paparan besar sendiri.
- Ferrari belum mendedahkan harga Purosangue, tetapi dijangka mencecah hampir AS$400,000 (RM1.8 juta) yang menjadi model ini paling mahal di pasaran SUV mewah.
BACA >>> Ferrari 296 GTB (2022) dengan Enjin Hibrid V6 Kini di Malaysia, Harga RM1.2 Juta!
BACA >>> Bapa Ferrari F40, Nicola Materazzi Meninggal Dunia pada Usia 83 Tahun
Leave a Reply