HANYA kerana tidak berpuas hati nombor pendaftaran kereta tidak sama seperti dalam aplikasi, seorang wanita bertindak luar kawalan dengan meludah dan menyiku seorang pemandu Grab.
Aksi itu sempat dirakam pemandu Grab tersebut yang kemudian tular di Indonesia menerusi akaun Instagram @kabarnegri.
View this post on Instagram
Dalam klip video itu, penumpang wanita yang membawa tiga anak memarahi pemandu e-hailing tersebut kerana membawa kereta berbeza nombor pendaftaran.
Bagaimanapun, pemandu tersebut menjelaskan kereta dipandu itu adalah miliknya dan data maklumat dalam aplikasi Grab juga dirinya, termasuk gambar pemandu yang sepadan aplikasi.
Namun, penumpang wanita itu enggan menerima alasan tersebut hingga bertindak kasar dengan menyiku dan meludah pemandu e-hailing berkenaan.
Klip video tersebut membuatkan netizen geleng kepala kerana berpendapat penumpang wanita tersebut terlalu emosi kerana isu berkenaan sebenarnya boleh diselesaikan dengan mudah dan tidak patut dibesarkan.
Pemandu Grab itu memang salah kerana menggunakan nombor pendaftaran berbeza, tetapi tidak sepatutnya dikasari dan diludah hanya kerana isu nombor plat. Macam-macam hal.
BACA>>> WithU Tinggalkan RNF, Lebih Berminat Taja Pasukan Bola Tampar
BACA>>> Camry VIP 'Potong Q' Buat Netizen Tak Puas Hati
Leave a Reply