• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / WithU Tinggalkan RNF, Lebih Berminat Taja Pasukan Bola Tampar

WithU Tinggalkan RNF, Lebih Berminat Taja Pasukan Bola Tampar

September 15, 2022 By Shawkath Leave a Comment

1.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SATU lagi berita sedih menyelubungi Kejuaraan Dunia MotoGP. Akhbar Itali melaporkan WithU tidak lagi berminat menjadi penaja utama pasukan RNF Racing kendalian Datuk Razlan Razali musim depan.

Perkembangan itu dilaporkan akhbar L’Arena dengan memetik Pengarah Urusan WithU, Matteo Ballarin sebagai sumber laporan.

BACA >>> WithU Yamaha RNF Team Tayang Jentera Lumba di Itali, Bakal Debut di Sepang
BACA >>> RNF Racing Jadi Pasukan Satelit Aprilia Musim Depan!

Jika benar, ia seakan mengulangi sejarah penarikan diri Petronas daripada kancah MotoGP. Bagaimanapun, setiap penaja ada alasan sendiri. Ballarin memberitahu L’Arena;

Kami sedang berdepan krisis berganda. Syarikat saya, Europe Energy Spa sudahpun buat permohonan perjanjian. WithU pula entiti berasingan, tapi ada kaitan rapat.

“Saya rasa, dengan mengambil kira situasi sekarang, penting untuk mengetengahkan keunikan kami supaya ramai kenal. Kalau tak, orang takkan tahu kami wujud.

“Orang Itali dan mereka di (bandar) Verona pun tak tahu ada pilihan lain selain Enel atau Agsm. Kami perlu buat ramai kenal kami. Malah kami dah buat banyak tajaan, sebahagian kami dah mula persoalkan.”

Apabila ditanya ini termasuk MotoGP, beliau memberikan respons;

Ini amat mencabar dan keadaan pasaran semasa tidak menawarkan visibiliti. Dengan sukan bola tampar, kami mahu meneroka peluang dan bergerak ke depan kerana kami terlibat. Kami rasa macam pemain utama.”

Soalan seterusnya berbunyi; Adakah anda mahu meninggalkan MotoGP untuk fokus kepada bola tampar?

Jawab Ballarin;

Ya, tetapi itu tak bermaksud kami akan tambah tajaan dalam bola tampar. Apapun, ya. Tiada lagi MotoGP.”

Firma itu mahu menumpukan kepada pasukan Verona Volleyball yang bersaing dalam kejuaraan perdana Itali. Apa nasib pula RNF Racing dengan jentera baharu Aprilia pada musim 2023? Adakah Petronas kembali berminat menaja RNF?

BACA >>> RNF Aprilia Rekrut Oliveira, Fernandez untuk MotoGP 2023
BACA >>> Racing Boy (RCB) Taja Yamaha RNF MotoGP Team Tiga Musim, Mula Tahun Ini
BACA >>> RNF MotoGP Racing Bukan 'Razlan and Friends' Tapi....
BACA >>> SRT kini Jadi RNF MotoGP Racing, Akan Bersaing dalam MotoGP Hingga 2026

SUMBER: GPOne | RNFRacing

Related

1.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Auto Terkini, Datuk Razlan Razali, Matteo Ballarin, Razlan Razali, RNF, RNF Racing, Verona Volleyball, WithU

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
    Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
  • Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
    Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • Surau MADANI R&R Seremban Jadi R&R Pertama Malaysia Dibenarkan Solat Jumaat!
    Surau MADANI R&R Seremban Jadi R&R Pertama Malaysia Dibenarkan Solat Jumaat!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev