• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / #Spyshot: Kelibat Honda CR-V (2023) Dikesan Sedang Diuji di Thailand

#Spyshot: Kelibat Honda CR-V (2023) Dikesan Sedang Diuji di Thailand

September 14, 2022 By Han Othman Leave a Comment

208
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HONDA CR-V (2023) dikesan sedang dipandu uji di Thailand berdasarkan foto kelibat kenderaan utiliti sukan (SUV) dimuat naik dalam grup Facebook, Honda HR-V 2022 Club Thailand.

CR-V (2023) dikhabarkan mendapat rekabentuk lebih lasak dan ruang dalaman diperhalusi. Berbanding model sedia ada, model baharu itu kelak akan tampilm lebih agresif dengan gril depan lebih besar dan menonjol. Begitu juga rupa belakang dengan dua muncung paip di sudut sisi bawah bampar.

Jika membandingkan foto disiarkan Honda, foto intip disiarkan dalam grup Facebook tersebut memang nampak identik dengan CR-V (2023).

Berdasarkan model CR-V (2023) yang sudah dilancarkan di Amerika Syarikat (AS), SUV kompak serba baharu itu akan didatangkan dalam dua pilihan enjin, petrol dan hibrid dua motor dengan ciri Pacuan Semua Roda Masa Nyata (Real Time All-Wheel Drive), Kawalan Turun Bukit (HDC), mod salji (mungkin tiada untuk model Asean), rim aloi hitam kilat 19 inci, unit infotainment skrin sentuh 9 inci dengan konektiviti Apple CarPlay dan Android Auto, dan sistem bunyi premium Bose.

Masih tiada pengumuman rasmi daripada mana-mana wakil pengedar Honda di Asean mengenai pelancaran CR-V (2023). Namun, foto intip didedahkan itu menandakan model berkenaan mungkin dilancarkan tahun depan.

BACA >>> Pembeli Amerika Sudah Dapat Honda CR-V (2023), Harga Mula RM140.8k
BACA >>> Honda Malaysia Perkenal Dua Warna Baharu CR-V (2022)

Spesifkasi CR-V di Malaysia ketika ini ialah:

  • Ditawarkan dalam empat varian dan dua pilihan enjin, 2.0L i-VTEC dan 1.5L VTEC Turbo dengan transmisi automatik CVT:
    • 2.0 2WD
    • 1.5 TC-P 2WD
    • 1.5 TC-P 4WD
    • Black Edition
  • Enjin 4-silinder 16-injap 2.0L SOHC i-VTEC
    • Output kuasa 152hp @ 6,500rpm, dan tork 189Nm @ 4,300rpm
    • Kelajuan maksimum 192kmj
    • Pecutan 0-100kmj 11.5 saat
  • Enjin 4-silinder 16-injap 1.5 DOHC Turbo VTEC
    • Output kuasa 191hp @ 5,600rpm, dan tork 243Nm @ 2,000-5,000rpm
    • Kelajuan maksimum 200kmj
    • Pecutan 0-100kmj 8.9 saat
honda-crv-spyshot-thailand-1
honda-crv-spyshot-thailand-2
honda-crv-spyshot-thailand-3

Related

208
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Foto Intip, Honda CR-V 2023, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Spyshot, Spyshot Honda CR-V (2023), SUV kompak, SUV Segmen-C

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
  • Modenas Perkenal Kawasaki Z900 2025 di Glenmarie , Harga Mula RM47,800
    Modenas Perkenal Kawasaki Z900 2025 di Glenmarie , Harga Mula RM47,800
  • Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
    Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
  • Johan Raja Lawak Jadi 'Tauke' Kedai Motosikal EV dengan Sokongan GGR Motor
    Johan Raja Lawak Jadi 'Tauke' Kedai Motosikal EV dengan Sokongan GGR Motor

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev