• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kerusi Volvo Paling Selamat! Dapat Pengiktirafan Persatuan Kiropraktik Amerika

Kerusi Volvo Paling Selamat! Dapat Pengiktirafan Persatuan Kiropraktik Amerika

September 14, 2022 By Han Othman Leave a Comment

1.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KERUSI semua kenderaan Volvo mendapat pengesahan Persatuan Kiropraktik Amerika (ACA) sebagai produk berkualiti tinggi berdasarkan pelbagai reviu, analisis, ujian dan penilaian yang dilakukan  lembaga Doktor Kiropraktik dengan kelulusan akhir daripada Lembaga Gabenor ACA.

Pengiktirafan daripada pertubuhan kiropraktik profesional terbesar di Amerika Syarikat (AS) itu diterima berdasarkan rekabentuk ergonomik dihasilkan Volvo Cars untuk barisan model jenama itu keluaran Mei 2022  hingga Mei 2023.

BACA >>> Volvo XC40 Recharge Pure Electric (2022) Versi CKD Kini di Malaysia, Harga Mula RM262k!

Ketua Produk dan Teknologi Tawaran Pengguna Volvo Cars USA, Jim Nichols berkata;

Kerusi rekaan Volvo Cars memastikan pemandu dan penumpang tidak perlu mengorbankan keselesaan, rekabentuk atau keselamatan atas jalan. Kami teruja kerana diiktiraf ACA dengan pengesahan yang mengesahkan pendekatan peneraju industri dilakukan kami."

Kerusi kenderaan Volvo Cars dicipta berasaskan kolaborasi  dengan pakar ortopedik yang menawarkan keselesaan dan sokongan yang terkehadapan dalam industri

Volvo Cars juga yakin postur duduk yang selesa dapat membantu pemandu meminimumkan keletihan dan memaksimumkan ciri keselamatan yang menerajui industri, dan sekitar kerusi kenderaan Volvo.

Malah, setiap kerusi Volvo juga disepadukan dengan ciri seperti Sistem Perlindungan Cambuk (WHIPS), Sistem Perlindungan Impak Sisi (SIPS), dan Mitigasi Pandu Off-Road (RORM) yang membantu mengurangkan risiko kecederaan ketika kemalangan.

BACA >>> Canggih, Volvo Cars Uji Stesen Cas Kereta Elektrik Wayarles!
BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Volvo Masih Tuntut Hutang daripada Korea Utara Sejak 70-an?

Related

1.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: American Chiropractic Association (ACA), Auto Terkini, Jim Nichols, Kerusi Volvo, Persatuan Kiropraktik Amerika (ACA), Roda4, Volvo, Volvo Cars

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev