• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Foto Paten Dedah Aprilia Bakal Hasilkan Trenkuasa 250cc Baharu

Foto Paten Dedah Aprilia Bakal Hasilkan Trenkuasa 250cc Baharu

September 14, 2022 By Shawkath Leave a Comment

586
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PEMINAT Aprilia sudah pasti tahu mengenai model RS 250 yang menerjah pasaran sekitar hujung 1990-an hingga awal 2000-an. Model 2-lejang itu dikatakan motosikal idaman ramai kerana ringan, rekabentuk menarik dan seronok ditunggang.

Kini timbul kisah pengeluar dari Noale, Itali itu sedang membangunkan trenkuasa suku liter baharu yang tiada kena mengena kaitan dengan model terdahulu.

BACA >>> Aprilia GPR250R (2022) Lancar di China, Harga RM17.2k!
BACA >>> Aprilia RS 250 SP - Jentera Trek Khas untuk Pelumba Muda

Trenkuasa baharu itu ialah jenis 4-lejang dengan konfigurasi dwi-silinder sebaris DOHC dengan keunikan tersendiri. Foto paten menunjukkan ada susunan pemacu tengah untuk aci sesondol (camshaft) dengan rantai (mungkin ada gear) bergerak antara kedua-dua blok silinder. Unit enjin itu akan menggunakan sistem penyejukan ceiar.

Jika pembuatan trenkuasa dan model sportbike baharu diteruskan di China, langkah itu akan memberi manfaat daripada aspek harga lebih rendah kerana kos pembuatan rendah.

Solusi binaan trenkuasa seperti itu bukan baru dalam industri kerana pernah dilakukan pengeluar lain dengan produk seperti Honda (enjin 6-silinder 1,000cc), VFR400R dan juga Yamaha YZR-M1 (MotoGP).

BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Maksud dan Fungsi Lejang dalam Enjin 4-Lejang dan 2-Lejang?

Rekabentuk seperti itu dikatakan bertujuan mencapai misi kepala silinder lebih kompak dan memberikan manfaat kejuruteraan untuk aci sesondol dan aci engkol (crankshaft).

Apa jua alasan diberikan, sebenarnya ia menjurus kepada usaha mengekstrak output kuasa dan julat rev lebih tinggi daripada trenkuasa. Foto paten juga mendedahkan lakaran projek trenkuasa menggunakan perisian CAD yang terhasil menerusi kerjasama Zongshen-Piaggio.

Jika Aprilia tampil dengan sportbike 250cc dwi-silinder, segmen itu pasti jadi lebih sengit!

BACA >>> Benda Hasilkan Dua Enjin V4 Baharu untuk Model Touring, Streetbike
BACA >>> Emula Concept - Motosikal Elektrik dengan Deruman Ekzos 2-Lejang
BACA >>> #BikinMotor: Motosikal Enjin Gergasi, 4,200cc, 48-Silinder, 2-Lejang!

SUMBER: BikeSocial | Motociclismo

Related

586
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Aprilia 250cc, Aprilia RS 250, Auto Terkini, Honda VFR400R, roda2, Yamaha YZR-M1

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
    GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza
    Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev