• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Lebuh Raya Cebu-Cordova Guna RFID Penuh Bulan Depan, Tiada Lagi Lorong Tunai!

Lebuh Raya Cebu-Cordova Guna RFID Penuh Bulan Depan, Tiada Lagi Lorong Tunai!

September 14, 2022 By Han Othman Leave a Comment

313
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PENGGUNA Filipina menyambut baik pembukaan Lebuhraya Lingkaran Cebu-Cordova (Cebu-Cordova Link Expressway , CCLEX), terutama penduduk Cebuano.

Ini kerana lebuh raya itu tidak hanya memiliki jambatan suspensi paling cantik di negara tersebut, tetapi turut membenarkan penunggang motosikal bawah 400cc mengggunakan laluan lebuh raya berkenaan.

BACA >>> Motosikal Bawah 400cc Boleh Masuk Lebuh Raya Cebu-Cordova, Tapi Kena Bayar Tol

Bermula 1 Oktober ini, pengurusan CCLEX akan melaksanakan sistem tol Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) sepenuhnya kepada pengguna lebuh raya berkenaan sama ada kenderaan empat roda atau dua roda. Ini bermakna lorong tunai akan ditukar kepada laluan RFID.

Lebuh raya CCLEX ketika ini memiliki 10 lorong tol, dan empat daripadanya ialah lorong tunai untuk pengguna yang masih belum mendapatkan tag RFID.

Presiden dan Pengarah Urusan Perbadanan Lebuhraya Lingkaran Cebu-Cordova (CCLEC), Allan Alfon berkata;

Peralihan kepada bayaran tol tanpa sentuhan sepenuhnya mensasarkan menyediakan pengalaman lebuh raya yang lebih efisien kepada pengguna jalan raya kami, dan mampu memudahkan perjalanan mereka."

Dengan baki tiga minggu sebelum pelaksanaan, CCLEC menggalakkan pengguna yang sudah memiliki RFID supaya membuat isian semula akaun tol masing-masing menerusi aplikasi MPT DriveHub.

Bagi pengguna yang masih menggunakan lorong tunai, CCLEC menyarankan mereka beralih kepada RFID untuk pemanduan lebih pantas dan lancar.

BACA >>> Penunggang Bawah 400cc Mula Guna Lebuhraya CCLEX di Filipina, Tol RM4.80
BACA >>> Isi Minyak Guna Touch n' Go RFID Kini di 88 Stesen Shell!

SUMBER: Motorpinas

Related

313
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Cebu-Cordova Link Expressway (CCLEX), Identifikasi Frekuensi Radio (RFID), Lebuh Raya, Lebuhraya Lingkaran Cebu-Cordova (CCLEX), MPT DriveHub, RFID

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev