• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Honda Bakal Lancar Sportbike 250cc 4-Silinder, Mahu Cabar Kawasaki ZX-25R!

Honda Bakal Lancar Sportbike 250cc 4-Silinder, Mahu Cabar Kawasaki ZX-25R!

September 12, 2022 By Shawkath Leave a Comment

3.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TIMBUL cerita Honda ada rancangan melancarkan sportbike terbaharu CBR250RR-R dengan enjin 4-silinder sebaris yang bakal menjadi pesaing Kawasaki Ninja ZX-25R.

Malah ada laporan mendakwa Honda sudah mula mendaftarkan varian terbaharu CBR250RR (2023). Cumanya, tiada maklumat dikongsi sama ada model itu ialah CBR250RR-R atau CBR250RR (2023) versi terbaharu atau versi dipertingkat.

Secara keseluruhan, ada laporan mendakwa konsep model terbaharu CBR250RR-R adalah hasil gabungan rekabentuk dua model iaitu CBR250RR dan CBR650R. Bagaimanapun, foto tular itu lebih kepada model 750cc.

BACA >>> Pereka Hasilkan Imej Bayangan Honda CBR750RR Ambil Ilham CBR1000RR-R

Berhubung trenkuasa, CBR250RR-R dijangka dilengkapi enjin 4-silinder 250cc penyejukan cecair dengan teknologi sistem suntikan bahan api, dan turut dilengkapi mod tunggang serta teknologi Quickshifter.

Honda CBR250RR MC22

Lama dulu, Honda pernah memiliki sportbike 250cc dengan konfigurasi 4-silinder sebaris, iaitu CBR250RR MC22 (1994). Motosikal itu dijana enjin 4-injap 4-lejang DOHC dengan kapasiti 249cc dengan sistem penyejukan cecair berkuasa 45hp dan tork 23.5Nm.

Berat kasar 143kg, manakala kelajuan maksimum 180kmj.

BACA >>> Sah! Modenas Bawa Masuk Kawasaki Ninja ZX-25R Tahun Depan
BACA >>> Prototaip R25 dengan Enjin 4-Silinder Kini di Fasiliti Yamaha Indonesia?
BACA >>> Kawasaki Ninja ZX-4R, Sportbike 4-Silinder 400cc dalam Pembikinan?
BACA >>> Kajian: Penat Kerja Punca Banyak Kematian Jalan Raya Berbanding Memandu Bahaya?

Related

3.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Auto Terkini, Honda CBR250RR-R, Honda CBR650R, Kawasaki Ninja ZX-25R, roda2, Sportbike 250cc 4 Silinder

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev