• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Juruterbang Helikopter Hilang Sudah Jumpa, Selamat!

Juruterbang Helikopter Hilang Sudah Jumpa, Selamat!

September 12, 2022 By Han Othman Leave a Comment

528
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


JURUTERBANG sebuah helikopter yang terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KLATCC) dan dilaporkan hilang di kawasan Bidor, petang semalam ditemukan selamat sekitar lokasi kejadian, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, dipetik daripada Facebook rasmi beliau.

Menurutnya, juruterbang tersebut dijumpai jsm 8.20 pagi ini dan pasukan penyelamat kini sedang berusaha membawa keluar juruterbang berkenaan untuk dihantar Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh.

BACA >>> Lain Macam Punya Rentas Negeri, Hairul Azreen Bawa Anak Isteri Bercuti Naik Helikopter

Beliau turut mengucapkan penghargaan kepada pasukan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) dan pihak yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR).

Ka Siong semalam melaporkan pesawat jenis Eurocopter milik syarikat swasta itu terputus hubungan pada kira-kira jam 12.16 tengah hari dengan lokasi terakhir dikesan sekitar kawasan hutan dekat Bidor.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Berita RTM (@beritartm)

Helikopter itu sepatutnya mendarat di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) di Tapah pada jam 12.37 tengah hari selepas berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS), Subang pada jam 11.37 pagi.

Terdahulu, polis menghentikan sementera operasi SAR malam tadi kerana faktor cuaca. Operasi dibuat melibatkan kawasan Kampung Kenangan, Jalan Bidor-Teluk Intan dan turut menumpukan pencarian dalam radius 5km di kawasan Hutan Simpan Chikus, iaitu tempat isyarat terakhir mangsa sebelum hilang.

Seramai 10 pegawai dan 197 anggota terlibat dalam operasi SAR, terdiri daripada pelbagai agensi seperti PDRM, Pasukan Gerakan Am (PGA), Unit Udara, Bomba, Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) dan Jabatan Perhutanan Negeri serta sebuah helikopter Unit Udara PDRM.

operasi-sar-helikopter-hilang-1
operasi-sar-helikopter-hilang-2

BACA >>> Kes Bawa Helikopter Rentas Negeri Beli 'Nasi Ganja', Juruterbang Mengaku Tidak Bersalah
BACA >>> Ketua Angkatan Tentera India, 12 Pegawai Maut Nahas Helikopter Terhempas di Tamil Nadu

SUMBER: Bernama | FB WeeKaSiong

Related

528
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, Helikopter Hilang di Tapah, Helikopter Terputus Hubungan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
    #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
  • Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
    Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

BERMAZ Motor baru saja melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz … [Baca Lagi...]

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev