DUA individu maut selepas motosikal yang mereka dirempuh pesawat komersial jenis Airbus A320neo milik syarikat penerbangan TAP Air Portugal di Guinea.
Kemalangan berlaku ketika kapal terbang (Penerbangan TP1492) mendarat di landasan 24 Lapangan Terbang Antarabangsa Ahmed Sékou Touré kira-kira jam 11.40 malam Khamis, 2 September 2022.
BACA >>> Sudah Boleh Terbang Terus dari Subang ke Pangkor, Redang Naik Kapal Terbang!
BACA >>> Penyaman Udara Rosak, Penumpang MAS Berpeluh Kena 'Sidai' Sejam
Penerbangan TP1492 berlepas dari Lisbon ke Conakry. Kemalangan berlaku semasa motosikal itu sedang melintasi landasan dan pada sama, Airbus A320neo pula sedang mendarat.
Enjin sebelah kanan kapal terbang TAP Air Portugal itu terkena motosikal dan dua mangsa dilaporkan maut. Penunggang motosikal dikenal pasti sebagai pegawai sekuriti di lapangan terbang tersebut.
Beberapa foto menunjukkan enjin kanan mengalami kerosakan tetapi semua penumpang dan anak kapal pesawat AirBus itu dilaporkan selamat. Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Guinea (AGAC) sedang menyiasat kemalangan itu.
À l’attention de nos usagers,
Dans la nuit du 02 Septembre 2022 aux environs de 23h40, le vol TP 1492 de la compagnie TAP Portugal en provenance de Lisbonne a heurté deux (2) individus circulant à moto sur la piste d’atterrissage.⤵️⤵️⤵️ pic.twitter.com/VljZFpQ1eS
— Aéroport International Ahmed Sékou Touré (@Aeroportast) September 3, 2022
BACA >>> Sudah Boleh Terbang Terus dari Subang ke Pangkor, Redang Naik Kapal Terbang!
BACA >>> Terbang 14 Jam Dengan Lubang Besar Di Sisi Pesawat Emirates
BACA >>> 5 Fakta Menarik Antonov AN-225, Pesawat Terbesar Dunia di Ukraine yang Dimusnahkan Rusia
SUMBER: SimpleFlying
Leave a Reply