• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Terbang 14 Jam Dengan Lubang Besar Di Sisi Pesawat Emirates

Terbang 14 Jam Dengan Lubang Besar Di Sisi Pesawat Emirates

July 6, 2022 By Farah Leave a Comment

FacebookTwitter

SUASANA dalam sebuah pesawat milik syarikat penerbangan Emirates menjadi kacau-bilau selepas penumpang mendengar bunyi dentuman kuat ketika pesawat Airbus A380 itu sedang dalam perjalanan dari Dubai ke Brisbane, Sabtu lalu.

Kejadian bunyi kuat itu berlaku selepas pesawat tersebut berlepas kira-kira 45 minit.

Walaupun berlaku insiden dentuman kuat yang menakutkan penumpang, namun penerbangan yang memakan masa 14 jam itu sampai ke destinasinya tanpa sebarang masalah.

Insiden bunyi kuat itu bagaimanapun terjawab selepas pesawat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Brisbane sekitar pukul 11 malam (waktu tempatan) dan mereka terkejut mendapati terdapat lubang besar di bahagian tepi pesawat.

Punca pesawat itu berlubang difahamkan kerana skru roda pendaratan tercabut hingga mengena bahagian sisi pesawat tersebut.

Penumpang yang masih lagi terkejut melihat keadaan pesawat itu bagaimanapun bersyukur penerbangan dengan jarak lebih 11,265 kilometer (km) selamat sampai walaupun pesawat berlaku kerosakan.

Jurucakap Emirates dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa pesawat itu sedang dibaik pulih.

BACA>>> Lori Undur Hentam Waja, Tapi Netizen Kata Salah Wira
BACA>>> Sanggup Hempaskan Pesawat Demi Konten, YouTuber Digantung Lesen Penerbangan

SUMBER: Daily Mail

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: pesawat, Syarikat Penerbangan Emirates

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Marshal Konvoi Motosikal Pakai Jaket Polis di Nilai Boleh Didenda Maksimum RM5k, Penjara Setahun!
    Marshal Konvoi Motosikal Pakai Jaket Polis di Nilai Boleh Didenda Maksimum RM5k, Penjara Setahun!
  • Bas Diesel Rapid KL, Penang Baru Lancar, Apa yang Baharu?
    Bas Diesel Rapid KL, Penang Baru Lancar, Apa yang Baharu?
  • Blueshark Malaysia Umum Prapelancaran SoloEra Solo 1C 2025, Harga RM599!
    Blueshark Malaysia Umum Prapelancaran SoloEra Solo 1C 2025, Harga RM599!
  • Prasarana Lancar 310 Bas Diesel Rapid KL, Rapid Penang Baharu!
    Prasarana Lancar 310 Bas Diesel Rapid KL, Rapid Penang Baharu!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev