• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Bajaj Auto Sudah Jadi Pemilik Jenama Motosikal Vincent Sejak 2017

Bajaj Auto Sudah Jadi Pemilik Jenama Motosikal Vincent Sejak 2017

September 9, 2022 By Shawkath Leave a Comment

133
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

VINCENT Motorcycles ialah sebuah pengeluar motosikal legenda di Britain yang pernah beroperasi antara tahun 1928 hingga 1955. Salah satu model dihasilkan ialah Vincent Black Shadow dan Black Lightning pernah dilabel sebagai motosikal terpantas pada zamannya.

Bagaimanapun hayat bisnes Vincent Motorcycles gagal bertahan lama dan aktiviti pengeluaran motosikal terpaksa dihentikan gara-gara berdepan isu kewangan.

BACA >>> Triumph Siap Sedia Umum Model 200cc-700cc dengan Kerjasama Bajaj

Bajaj Vincent - 1
Bajaj Vincent - 0

Timbul pula satu cerita baharu iaitu Bajaj Auto di India ialah pemegang hak jenama Vincent sejak 2017! Apa yang mencetuskan tanda tanya ialah mengapa pengeluar itu tidak membuat sebarang pengumuman mengenai pemilikan jenama Vincent.

Satu perkara perlu diakui ialah Vincent bukannya terkenal macam tiga pesaing lamanya iaitu Triumph, Norton dan BSA. Pun begitu, Vincent pernah menyertai perlumbaan Isle of Man.

BACA >>> #TahukahAnda: Inilah Maksud di Sebalik Singkatan Jenama Motosikal Popular Dunia

Jual beli atau pindah milik hak jenama popular bukan cerita baharu malah ada beberapa jenama popular berjaya dihidupkan semula di bawah pemilikan tokey baharu.

Lihat sahaja Benelli selepas dimiliki Qianjiang. Begitu juga Jawa selepas dimiliki Mahindra (Classic Legends). Satu lagi jenama popular Royal Enfield pula sudah wujud lebih 100 tahun tetapi baru mencipta gelombang di pasaran global sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Sebelum ini, Bajaj ada membentuk kerjasama dengan satu lagi jenama motosikal Britain popular iaitu Triumph. Bajaj juga ada pegangan 49.9 peratus kepentingan dalam KTM AG.

Timbul satu persoalan iaitu adakah Bajaj mempunyai rancangan untuk meneroka segmen motosikal warisan dunia?

Apapun keputusan Bajaj, mereka masih ada masa panjang iaitu sehingga Ogos 2026 iaitu tempoh sebelum tanda dagang Vincent perlu diperbaharui semula. Tiba-tiba teringat pula konsep motosikal kafe racer Modenas TTR 200.

Modenas TTR 200-pandulajudotcom-04
Modenas TTR 200-pandulajudotcom-10

BACA >>> Modenas TTR 200 - Model Berkonsepkan Cafe Racer
BACA >>> Bajaj Auto Lancar Dua Model Pulsar 250cc, Modenas Mahu Bawa Masuk?
BACA >>> CEO Modenas: Model Kawasaki-Modenas untuk Bawah 700cc Sahaja, Bajaj Kekal

SUMBER: RideApart

Related

133
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Bajaj Auto, Modenas TTR 200, Vincent Black Lightning, Vincent Black Shadow, VINCENT Motorcycles

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev