• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Melaka Umum Rancangan Bina Laluan Terus Malaysia-Indonesia

Melaka Umum Rancangan Bina Laluan Terus Malaysia-Indonesia

September 9, 2022 By Shawkath Leave a Comment

183
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

KERAJAAN Negeri Melaka mengumumkan memberi kebenaran terhadap cadangan membina satu laluan antara Malaysia dan Indonesia. Ini akan membentuk satu laluan hubungan secara terus antara kedua-dua negara.

Exco Kanan Pelaburan, Perindustrian, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh menyatakan laluan itu akan melibatkan sama ada sebuah jambatan atau terowong.

BACA >>> Melaka Kaji Penggunaan Basikal, e-Skuter di Kawasan Pelancongan

Kenyataan beliau secara jelas mendedahkan bahawa rancangan itu masih berada di peringkat terlalu awal sehingga pihak terlibat belum memutuskan mengenai jenis sambungan antara Malaysia-Indonesia.

Projek itu dikemukakan dan akan dibangunkan pihak swasta, bakal menghubungkan Telok Gong di Masjid Tanah (Melaka) ke Kota Dumai di Sumatera. Jaraknya ialah 120km.

Ab Rauf menyatakan pembinaan akan mengambil masa selama 20 tahun dan akan memberi impak terhadap ekonomi kedua-dua negara.

Tidak banyak perkara didedah mengenai rancangan hubungan Malaysia-Indonesia termasuk kos pelaburan tetapi khabarnya, kedua-dua negara secara prinsipal sudah bersetuju untuk mengkaji perkara itu secara terperinci.

Beliau menyatakan projek itu akan menggunakan konsep Satu Jalur Satu Jalan dan bakal menjadi ikon terbaharu kedua-dua negara.

BACA >>> PM: Setiap Negeri Akan Ada Satu Litar Lumba Drag
BACA >>> Singapura Uji Konsep Lorong Khas Basikal, Bas di Jalan Raya

Laluan itu juga akan melibatkan pembinaan pelbagai infrastruktur termasuk kawasan penyuraian trafik dan Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS).

Masjid Tanah dengan keluasan 2,023 hektar bakal menyaksikan kelahiran satu kawasan perindustrian baharu secara berperingkat-peringkat dan bandar baharu menerusi Melaka Corporation.

Setakat ini, belum ada kepastian sama ada projek terbaharu itu adalah projek pembangunan terowong bawah laut yang pernah diumumkan Melaka pada Mac lalu, kedua-duanya menghubungkan negeri itu dengan Kota Dumai.

Apa yang pasti, rancangan projek terowong bawah laut itu membabitkan sistem rangkaian laluan rel. Projek sambungan laluan terbaharu pula tidak menyebut mengenai laluan rel.

Malah laluan perjalanan sejauh 120km pula amat berbeza dengan jarak 47km yang diumumkan sebelum ini. Begitu juga masa yang diperlukan untuk menyiapkan projek tersebut apabila Ab Rauf pernah menyatakan ia cuma empat hingga lima tahun, bukannya dua dekad.

BACA >>> Mat Motor Dapat RM11 Juta Sebab Kemalangan Elak Jalan Berlubang
BACA >>> Pesakit Jantung Pulih Selepas Ambulans Terlanggar Jalan Berlubang Besar
BACA >>> Pengangkutan Awam, Basikal dan Jalan Kaki Cara Elak 50 Juta Kematian Jalan Raya Setahun

SUMBER: LowYat

Related

183
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, Kota Dumai, Telok Gong

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
    JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • 'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang
    'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev