• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Yamaha FZ25 Lancar di India, Supersport 250cc Gaya Streetfighter

Yamaha FZ25 Lancar di India, Supersport 250cc Gaya Streetfighter

February 9, 2017 By Admin PanduLaju Leave a Comment

137
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

yamaha-fz25-india-bg
YAMAHA India baru-baru ini melancarkan Yamaha FZ25 dengan enjin 250cc yang diilhamkan daripada bahasa rekabentuk MT15 dan MT-03. Di atas jalan pesaing kepada FZ25 ialah Apache RTR 200 dan KTM 200 Duke.

Yamaha FZ25 tampil dengan rekabentuk badan maskular yang mengingatkan kepada model Yamaha FZ 150cc. Dijual di pasaran India pada harga Rs119,500 (RM7,908), rekaan gaya streetfighter yang menyerlahkan banyak eleman garis tajam itu pasti mampu menarik perhatian pembeli, terutama golongan muda.

Posisi tunggangan dengan tinggi pelana 795mm menyumbang kepada pengendalian yang lebih selesa. Lampu depan didatangkan dengan ciri LED yang menjadikan Yamaha FZ25 sebagai model kedua pemasangan tempatan di India yang menawarkan lampu depan LED (selepas Bajaj Dominar 400).

KLUSTER INSTRUMEN DIGITAL

yamaha-fz25-india-brosur
Tidak ketinggalan, lampu belakang turut mendapat sentuhan ciri LED. Rekaan peredam ekzos besar dilihat ada persamaan dengan  Yamaha FZ version 2.0.  Satu lagi ciri menarik ialah kluster instrumen LCD digital yang memaparkan spidometer, takometer, odometer dan kapasiti tangki minyak, termasuk maklumat tambahan seperti baki minyak, jam, trip meter, tahap efisien dan purata ekonomi bahan api.

Dari segi mekanikal, Yamaha FZ25 dikuasakan enjin bersesaran 249cc suntikan bahan api dengan penyejukan cecair. Enjin silinder tunggal dengan teknologi Blue Core itu mampu menghasilkan kuasa  20.7hp dan tork 20Nm, manakala hantaran kuasa diseliakan transmisi 5-kelajuan.

Keselesaan tunggangan diserahkan kepada fork teleskopik di depan dan monoshock (belakang). Tugasan menghentikan motosikal itu pula dipikul brek cakera 282mm dengan kaliper 2-pot di depan dan brek cakera 220mm dengan kaliper tunggal di belakang. Bagaimanapun, ciri Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) tidak ditawarkan bagi mengurangkan kos.

Bersediakan pasaran Malaysia menerimanya?

SPESIFIKASI

YAMAHA FZ25

ENJIN 249cc SOHC silinder tunggal, 4-lejang, penyejukan udara + penyejuk minyak, suntikan bahan api, 2-valve
TRANSMISI Jenis sirat malar (constant mesh) 5-kelajuan klac basah multi-cakera
KUASA MAKS 20.7hp @ 8000rpm
TORK MAKS 20.0Nm @ 6000rpm
DIMENSI PxLxT: 2015mm x 770mm x 1075mm
TINGGI PELANA  795mm
JARAK RODA  1360mm
BERAT 148kg
TAYAR  100/80-17M/C 52P (depan) | 140/70-17M/C 66S (belakang)
BREK Cakera tunggal hidraulik 282mm depan dan kaliper 2-pot | cakera tunggal hidraulik dan kaliper tunggal (belakang)
SUSPENSI teleskopik (depan)/ monoshock (lengan ayun, monocross) (belakang)
KAPASITI TANGKI 14 liter

GALERI

Related

137
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Blue Core, motosikal, roda2, streetfighter, supersport 250cc, Yamaha, Yamaha FZ25

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
    Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
  • Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
    Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
  • Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
    Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
  • Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar
    Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my