• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Angkara Kerbau, Ambulans Bawa Pesakit Terlibat Kemalangan

Angkara Kerbau, Ambulans Bawa Pesakit Terlibat Kemalangan

September 9, 2022 By Farah Leave a Comment

253
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

SEBUAH ambulans yang membawa pesakit terlibat dalam kemalangan apabila bertembung dengan sebuah pacuan empat roda di Jalan Kota Belud-Kota Kinabalu, Sabah, awal pagi tadi.

Kemalangan kira-kira jam 1.30 pagi itu berlaku gara-gara terdapat seekor kerbau yang sedang melintas menyebabkan ambulan tersebut yang dinaiki seorang doktor, jururawat, pemandu ambulans dan seorang pesakit wanita terbabas sebelum melanggar kenderaan lain.

Ketua Polis Daerah Kota Belud Superintendan Shahrudin Mat Husain, berkata, kesemua yang berada dalam ambulans itu bagaimanapun disahkan selamat.

Menurutnya, ketika kejadian ambulan Hospital Kota Marudu itu dalam perjalanan ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) Kota Kinabalu.

"Ketika di lokasi kejadian, ambulans itu terlanggar kerbau yang melintas jalan menyebabkan pemandu hilang kawalan lalu masuk ke lorong bertentangan sebelum terlanggar pacuan empat roda.

"Kedua-dua pemandu bersama tiga penumpang termasuk doktor, jururawat dan pesakit tidak mengalami kecederaan," katanya.

Kes disiasat mengikut Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 1959 (Peraturan 10 LN 166/59).

BACA>>> Misteri Selesai!!! Tayar 'Hantu' Bergolek di LPT1 Rupanya Milik SUV Peronda Polis
BACA>>> Beli Motosikal Curi, Lelaki 54 Tahun Dihukum Penjara 6 Bulan

SUMBER: Harian Metro

Related

253
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Ambulans, ambulans kemalangan, kemalangan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my