SEBUAH treler pengangkut kenderaan terbakar hingga menyebabkan lima kereta Honda baharu hangus dalam insiden kebakaran di KM227.2 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS), di Seremban, petang semalam.
Polis bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima laporan insiden berkenaan pada jam 5.24 petang.
Insiden berlaku apabila treler dipandu lelaki berusia 31 tahun yang membawa enam kereta dari kilang Honda menghala ke Pulau Pinang, mengalami masalah brek sehingga menyebabkan bahagian belakang kenderaan berat itu terbakar.
Api kemudian merebak pada lima kereta terbabit, manakala sebuah lagi kereta terbakar 10 peratus. Insiden itu juga menyebabkan kesesakan sepanjang 3km dengan semua laluan lebuh raya ditutup sepenuhnya bagi operasi memadamkan api yang mengambil masa kira-kira lebih sejam.
Tiada mangsa terlibat dalam insiden itu, manakala punca sebenar dan jumlah kerugian masih disiasat.
BACA >>> Sedan Elektrik BMW i3 Terbakar ketika Pandu Uji di China
BACA >>> #ApaNakBuat: Tip Cegah Kereta Terbakar yang Perlu Anda Tahu
SUMBER: Bernama
Leave a Reply