• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / BERITA AUTO: Pusat Pameran Brabus Glenmarie Dilancarkan

BERITA AUTO: Pusat Pameran Brabus Glenmarie Dilancarkan

November 11, 2014 By admin.pandulaju Leave a Comment

FacebookTwitter

P1240606NAZA-BRABUS Motors Sdn Bhd terus komited meluaskan lagi rangkaian perniagaannya menerusi pembukaan Pusat Brabus Glenmarie, di Shah Alam. Majlis pelancaran disempurnakan oleh Pengerusi Eksekutif Bersama Kumpulan Naza, Datuk Wira SM Faisal SM Nasimuddin.

Turut hadir pada majlis itu adalah Pengurus Jualan Brabus Asia Pasifik dan Afrika, Christoph Dietze dan Naib Presiden 4-Roda Kumpulan Syarikat Naza World, David Hector Ratnaike.

Dengan menelan pelaburan sebanyak RM6juta, pusat Brabus Glenmarie yang berkeluasan 5,000 kaki persegi itu menampilkan pelbagai model terkini jenamanya seperti Brabus SLK, ML WideStar dan iBusiness S Class.

007 BRABUS Performance Centre014 BRABUS Performance Centre  012 BRABUS Performance Centre  011 BRABUS Performance Centre  010 BRABUS Performance Centre013 BRABUS Performance CentreDalam usaha menawarkan servis selepas jualan lebih baik buat pelanggannya, Brabus turut membuka sebuah lagi pusat servis yang terletak 500 meter dari pusat pameran Brabus Glenmarie. Dengan keluasan 25,000 kaki persegi, ia menyediakan lapan ruangan servis yang dikendalikan oleh 10 mekanik bertauliah Brabus. Menerusi pembukaan pusat servis baharu itu, ia akan menjadi pusat servis sehenti bagi pemilik Brabus dan Mercedes-Benz.

P1240677Sementara itu pada majlis yang sama, Naza-Brabus turut memperkenalkan Brabus CLS Rocket 730 yang dibina berasaskan daripada model Mercedes-Benz CLS63 AMG. Tempahan turut dibuka bagi mereka yang berminat.

P1240699P1240682    P1240689

P1240632    P1240687P1240625Hasil talaan jurutera Brabus, model CLS Rocket 730 yang dijana unit enjin bi-turbo bersesaran 5.5L itu mampu menghamburkan kuasa sebanyak 730hp dan tork puncak 1,065Nm. Dari keadaan statik hingga kelajuan 100kmj. CLS Rocket 730 mampu dibuat sepantas 3.8 saat dengan kelajuan maksimum 350kmj.

Walau bagaimana, harga atas jalan dianggarkan sekitar RM1.3juta dan boleh mencecah sehingga RM1.5juta bergantung kepada pilihan pengguna sama ada dalam bentuk material atau talaan dikehendaki.

P1240680P1240659  P1240656  P1240652  P1240644Pusat pameran Brabus Glenmarie beroperasi pada setiap hari yang bermula dari 9.00 pagi hingga 6.00 petang. Manakala pusat servis pula dibuka dari jam 8.30 pagi hingga 5.00 petang dari Isnin hingga Jumaat dan dibuka hingga 1.00 petang pada Sabtu.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Brabus CLS Rocket 730, Brabus iBusiness S Class, Brabus ML WideStar, Brabus SLK, Christoph Dietze, Datuk Wira SM Faisal SM Nasimuddin, David Hector Ratnaike, Mercedes-Benz CLS63 AMG, Naza-Brabus Motors Sdn Bhd, Pusat Pameran Brabus Glenmarie, Pusat Servis Brabus Glenmarie, Tempahan Brabus CLS Rocket 730 dibuka

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
    #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
  • Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
    Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

BERMAZ Motor baru saja melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz … [Baca Lagi...]

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev