ZURICH Malaysia (Zurich) dan PLUS Malaysia Berhad (PLUS) bekerjasama meluaskan perlindungan mobiliti jalan raya menerusi penawaran perkhidmatan kepada pelanggan Lebuhraya PLUS.
Langkah itu adalah untuk memberi ketenangan kepada pelanggan melalui pelan takaful khas, dan produk pertama diperkenalkan menerusi kerjasama Zurich-PLUS ialah Z-ProMiles Takaful.
BACA >>> Modenas, Allianz Partners Jalin Kerjasama Tawar Pakej Lanjutan Waranti Motosikal
BACA >>> AutoGen Plus: Insurans Lanjutan untuk Pembeli Kereta Terpakai, Pakej Serendah RM298
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Zurich General Takaful, Shamsul Azman berkata;
Z-ProMiles Takaful ditawarkan kepada ahli PLUSMiles (program ganjaran PLUS) yang menyediakan Faedah Akibat Kesulitan, Penginapan Hotel dan Elaun Penggantian Kereta jika pelanggan memerlukan perlindungan tambahan ketika dalam perjalanan menggunakan Lebuhraya PLUS.
“Manfaat ini adalah tambahan kepada manfaat kematian akibat kemalangan, hilang upaya kekal akibat kemalangan dan pendapatan hospital akibat kemalangan.”
Shamsul berkata, Z-ProMiles Takaful mudah diakses dan memberi perlindungan semasa dalam perjalanan kepada pelanggan Lebuhraya PLUS yang juga ahli PLUSMiles untuk memilih pelan perlindungan bersesuaian mengikut keperluan dan bajet masing-masing.
Shamsul berkata;
Setiap nyawa amat berharga. Banyak nyawa dipertaruhkan di jalan raya setiap hari, dan perkara terbaik boleh dilakukan adalah melindungi diri dan orang tersayang selain berhati-hati ketika dalam perjalanan.
“Sebagai pengguna jalan raya, kami memahami kegusaran pelanggan jika berlaku kejadian tidak diingini ketika berada di jalan raya. Perlindungan kenderaan bermotor adalah pelan jaminan bagi mod pengangkutan kita, tetapi kebanyakan orang tidak dilindungi daripada kejadian tidak dijangka seperti berlaku kerosakan kenderaan di lebuh raya.”
BACA >>> Inilah Sebab Kenapa Insurans Anda Tiada Perlindungan Kereta Tenggelam Banjir
Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail pula berkata;
Keselamatan dan keselesaan pelanggan lebuh raya adalah keutamaan kami. Kami sentiasa berusaha menyediakan perkhidmatan dan kemudahan nilai tambah bagi membolehkan perjalanan yang selesa ketika di lebuh raya kami.
“PLUS berpegang kepada prinsip keselamatan jalan raya 3E kami, iaitu Engineering, Enforcement and Education (Kejuruteraan, Penguatkuasaan dan Pendidikan). Pada masa sama, kami sentiasa mencari rakan strategik dan usahasama bagi membantu meningkatkan nilai kepada pelanggan.
“PLUS memacu keselamatan jalan raya melalui pasukan peronda lebuh raya kami, PLUSRonda, Pusat Pemantauan Trafik, audit keselamatan jalan raya berkala, dan penglibatan serta kerjasama berterusan dengan pihak polis dan JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan).”
Pengguna yang berminat memohon perlindungan Z-ProMiles Takaful boleh mendaftar sebagai ahli PLUSMiles melalui Aplikasi PLUS atau layari portal https://pluscare.plus.com.my dan mengambil pelan perlindungan Z-ProMiles Takaful.
Perlindungan Z-ProMiles Takaful meliputi kejadian trafik tertentu di lebuh raya kendalian PLUS, iaitu:
- Lebuhraya Utara-Selatan (NSE)
- Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE)
- Lebuhraya Seremban-Port Dickson (SPDH)
- Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE)
- Lebuhraya Hubungan Kedua Malaysia-Singapura (LINKEDUA), Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE)
- Jambatan Pulau Pinang
BACA >>> JPJ Saman Kenderaan Perdagangan Tiada Lesen Memandu, Insurans, dan Cukai Jalan Mati
BACA >>> Pembonceng Motosikal Pun Dapat Perlindungan dengan Insurans Allianz Motorcycle Plus
BACA >>> Bakar 3 Kereta termasuk Bentley, Nak Tuntut Insurans untuk Langsai Hutang Ah Long
Leave a Reply