• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #Videotomotif: Nahas Simpang Tiga - Contoh Kesilapan Klasik Penunggang Motosikal

#Videotomotif: Nahas Simpang Tiga - Contoh Kesilapan Klasik Penunggang Motosikal

January 25, 2017 By Han Othman 1 Comment

1.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MEMANG mengerikan apabila menyaksikan apa saja bentuk kemalangan jalan raya tidak kira sama ada membabitkan kecederaan atau tidak. Mendengar bunyi geseran brek dan dentuman besi berlanggar sudah boleh membuatkan sesiapa saja berdebar-debar dan kecut perut.

Begitu juga kemalangan motosikal yang sememangnya cukup berbahaya kepada mana-mana penunggang tidak kira dalam kelajuan apa pun jentera anda ditunggang. Sama ada berlanggar atau dilanggar, anda terdedah kepada risiko kecederaan dan maut!

BACA >>> #SembangDeras: Lelaki Ini Saksikan Sendiri Impak Kemalangan Akibat Main Handphone!

Lihat video kemalangan di atas ini membabitkan sebuah motosikal dan kereta jenis kenderaan utiliti sukan (SUV), Honda CR-V yang dirakamkan menerusi kamera pemuka (dashcam) di satu persimpangan jalan dekat Ulladulla di New South Wales, Australia pada 20 Januari lalu.

Walaupun nampak mengerikan, penunggang motosikal dilihat tidak mengalami kecederaan dan dapat bangun semula dengan segera sebaik saja selepas dilanggar.

Berdasarkan tontonan kami, apa yang berlaku ialah antara contoh kesilapan klasik yang kerap kali dilakukan penunggang motosikal dan pemandu kereta. Berlaku juga banyak kes yang bukan berpunca daripada kesilapan penunggang motosikal, tetapi kecuaian pengguna jalan raya lain dalam situasi sama.

BACA >>> Kajian: Toyota Prius Jadi Jenama Kereta Paling Banyak Kemalangan di UK

BERTEMBUNG DI SIMPANG JALAN


Insiden berlaku betul-betul di simpang tiga dalam laluan jalan raya dua hala. Pemandu CR-V dan penunggang motosikal datang dari arah bertentangan dari jalan utama (gambar atas). Pemandu kemudian mahu membelok masuk ke kanan di persimpangan jalan - simpang tiga - itu. Malangnya, dia bertembung dengan penunggang yang datang dari arah bertentangan, juga di jalan utama (gambar bawah).


DI MANA SILAPNYA? SIAPA BERSALAH?

Asasnya, kesalahan di atas ialah berpunca daripada pemandu yang membelok masuk sebelum benar-benar memastikan laluannya selamat, manakala penunggang pula berada dalam laluan yang betul, iaitu lurus dan bukan membelok.

Namun, jika mengambil kira perihal akal budi atau common sense dan keselamatan di atas jalan raya, penunggang sepatutnya tidak menunggang laju di mana-mana persimpangan jalan.  Malah, kondisi jalan raya ketika kemalangan terjadi menunjukkan pemandu berdepan masalah pandangan terhalang akibat kesesakan yang berlaku dari arah hadapan.

hari-hati
Pemandu jelas sekali tidak dapat melihat kehadiran penunggang kerana dihalang kenderaan kamera perakam di depan. Ketika itu, kenderaan kamera perakam itu sudah memperlahankan kenderaan untuk memberikan pemandu laluan masuk. Sudah pasti kemalangan dapat dielakkan jika penunggang turut memperlahankan kenderaan.

Penunggang juga ada masa untuk memperhatikan kehadiran kenderaan lain yang mahu masuk ke simpang. Bukankah itu juga langkah keselamatan untuk mengelak sebarang insiden tidak diingini seperti pemandu dalam laluan sama atau bertentangan tiba-tiba membelok tanpa beri signal?

BACA >>> IIHS Tunjuk Video Demo Ujian Perlanggaran Akibat Kemalangan Langgar Lampu Isyarat

Ingat, anda ialah penunggang motosikal. Tidak kira sama ada melanggar atau dilanggar, risiko bahaya besar tetap terletak kepada anda. Nasib anda tidak semestinya baik seperti penunggang dalam video di atas. Jadi, berhati-hatilah di jalan raya dan ingatlah orang tersayang!


APA PULA TINDAKAN SEPATUTNYA PEMANDU BUAT?


Selesai hal penunggang, sekarang kita 'sekolahkan' pula pemandu. Jika anda mahu membelok masuk ke simpang dalam situasi laluan bertentangan yang sesak hingga menyukarkan anda melihat lorong kedua (atau seterusnya), anda sepatutnya berhenti dahulu selepas melintasi kenderaan di lorong pertama yang sedang memberikan laluan.

Jadi, dalam kedudukan tersebut, sudah tentu anda dapat melihat kehadiran kenderaan lain, terutama motosikal yang datang dari arah bertentangan. Jangan hanya beri signal dan terus membelok masuk. Beringatlah!

Related

1.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: autotainment, kemalangan jalan raya, nahas simpang tiga, tip memandu selamat, videotomotif

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev