• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Aksesori / Mentol LED Kereta Buatan Jerman Kini Boleh Dibeli di Auto2u.my, Ada Diskaun 25 Peratus!

Mentol LED Kereta Buatan Jerman Kini Boleh Dibeli di Auto2u.my, Ada Diskaun 25 Peratus!

August 30, 2022 By Shawkath Leave a Comment

187
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HELLA melancarkan produk terbaharu, mentol LED HELLA Retrofit, iaitu mentol lampu LED pertama untuk lampu depan kereta.

Sebagai makluman, HELLA ialah pengeluar teknologi pencahayaan terkemuka dalam industrin automotif dari Jerman. Terdahulu, pengeluar ini dikenali dengan produk mentol halogen, lampu sorot (spotlights), wiper cermin dan hon kereta.

BACA >>> #RetroAuto: Sejarah Lampu Utama Kereta yang Perlu Anda Tahu

Mentol LED HELLA Retrofit kini boleh didapati menerusi laman e-dagang auto2u.my, dan tawaran adalah eksklusif sebelum produk sama dijual di platform e-dagang lain.

Pelanggan juga dapat menikmati diskaun 25 peratus berserta hadiah percuma bernilai RM89 jika menggunakan kod promo AUTO2U25 sempena jualan prapelancaran HELLA bermula 23 Ogos hingga 22 September 2022.

TENTANG MENTOL LED HELLA RETROFIT

Image 7 - Hella Retrofit LED Headlight Bulb
Image 8 - Hella Retrofit LED Headlight Bulb
Teknologi dan Inovasi
  • Direka untuk pemasangan pasang-dan-pakai (plug-and-play).
  • Mentol LED direka berasaskan soket mentol halogen yang merangkumi hampir 80-90 peratus jenis kereta di pasaran.
  • Rekabentuk kompak dan bergaya.
  • Memberikan keselesaan, kemudahan maksimum untuk pemasangan dan penggantian.
  • Suhu warna 6500K, pancaran cahaya lebih terang dan lebih putih.
  • Jangka hayat lebih lama.
  • Ada kipas dan pemacu terbina dalam untuk proses penyejukan.
  • Cahaya diunjurkan ada titik pemotongan lebih baik, pengeluaran cahaya lebih fokus dan tidak silau.
  • Ada pilihan adapter CANbus untuk kereta yang memerlukan CANbus.
Jimat dan Kualiti Terjamin
Image 11 - Hella Retrofit LED Headlight Bulb
Image 12 - Hella Retrofit LED Headlight Bulb
  • Harga berpatutan.
  • Menggunakan elektrik dan voltan lebih rendah.
  • Secara teori, mentol LED mampu bertahan hingga 50,000 jam keluaran cahaya 6500K putih tulen (pure white).
  • HELLA mengekalkan piawaian industri untuk barangan lampu LED kereta.
Selesa untuk Semua
  • Lampu kereta boleh dinaik taraf kepada teknologi LED.
  • Menawarkan kecerahan luar biasa dengan agihan cahaya dioptimum.
  • Tahan lebih lama berbanding mentol halogen.
  • Penampilan bergaya dengan pancaran putih untuk efek cahaya siang pada pemanduan malam.
  • Menghalang penyebaran suluhan cahaya, mengurangkan silau ke arah pemandu bertentangan.
  • Sebagai tambahan, ada rangkaian aplikasi komprehensif seperti lampu depan suluh tinggi dan rendah, serta lampu kabus pelbagai kenderaan.
Jualan Pra-Pelancaran Eksklusif di auto2u.my
  • Dijual eksklusif di platform auto2u.my sepanjang tempoh Jualan Pra-Pelancaran (23 Ogos-22 September 2022).
  • Pelanggan awal akan menikmati diskaun 25 peratus menggunakan kod promosi AUTO2U25.
  • Ada pek hadiah percuma (untuk pelanggan awal), terdiri daripada bekas Thermo, kain mikrofiber dan pelekat cukai jalan bernilai RM89.
  • Nak beli? Sila layari laman web ini:  auto2uHELLA 
Dari kiri: Pengasas Bersama dan Ketua Edagang auto2u.my, Sharon Yeem; Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif auto2u.my, Jackie Wong; Pengarah Urusan HMT Sdn Bhd (Hella), Jared Leong dan Ahli Lembaga HMT, Cynthia Chua.

Pengurus Eksekutif Segmen Perniagaan Aftermarket HELLA, Stefan van Dalen berkata;

Kami teruja melancarkan mentol LED Retrofit serba baharu ini, dengan innovasi yang mengambil kira keperluan peminat kereta dan motosikal moden.

“Kolaborasi bersama auto2u.my sebagai platform e-dagang automotif khusus membolehkan kami mensasarkan peminat pemotoran yang lebih tepat.”

Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) auto2u.my, Jackie Wong berkata;

Kami berbangga dapat bekerjasama dengan jenama Jerman terkenal seperti HELLA dan menjadi yang pertama memperkenalkan mentol LED HELLA Retrofit inovatif baharu ini ke pasaran.

“Di auto2u.my, kami hanya bekerjasama dengan prinsipal jenama untuk memastikan semua produk kami asli sambil memberikan tawaran terbaik kepada pelanggan.”

BACA >>> PDRM: Pasang Lampu Kabus, Mentol 'Ice Blue' Boleh Kena Saman RM2k, Penjara!
BACA >>> #TahukahAnda: GoodYear Pernah Cipta Tayar Kereta Bercahaya

Image 8 - Hella Retrofit LED Headlight Bulb
Image 7 - Hella Retrofit LED Headlight Bulb
Image 5 - Hella Retrofit LED Headlight Bulb
Image 6 - Hella Retrofit LED Headlight Bulb
Image 11 - Hella Retrofit LED Headlight Bulb
Image 12 - Hella Retrofit LED Headlight Bulb
Image 9 - Hella Retrofit LED Headlight Bulb
Image 10 - Hella Retrofit LED Headlight Bulb
Image 2 - Hella x Auto2u Pre-Launch Sales Partnership Photoshoot

Related

187
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Aksesori Tagged With: aksesori, auto2u.my, HELLA, HELLA Retrofit, Jackie Wong, Mentol Lampu LED, Mentol LED, Stefan van Dalen

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev